Asuh

10 Elemen Wajib Ada Dalam ‘Positive Parenting’, Jangan Asyik Kejar Gelaran ‘The Perfect Parents’

6
SHARES

Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya, begitulah dalam mendidik anak. Tersilap langkah didikan dari ibu bapa berkemungkinan akan melahirkan anak-anak yang terjurus kepada elemen negatif.

Melalui perkongsian dari Dr. Rozanizam Zakaria, terdapat 10 elemen wajib ada dalam ‘positive parenting’ sewaktu mendidik si kecil. Ibu bapa janganlah terlalu mengejar nama untuk menjadi ‘the perfect parents’ semata demi pandangan di mata anak-anak tetapi berusahalah untuk fokus membaiki diri.

Baca juga: 10 Jenis Aktiviti Elak Anak Lewat Perkembangan, Tak Semestinya Speech Delay Saja

IBU BAPA FOKUS BAIKI DIRI SEBAGAI PENDIDIK ANAK-ANAK

10 elemen wajib ada dalam ‘POSITIVE PARENTING’.

Menjadi ibu bapa pada sesetengah orang mungkin datang dengan ‘autopilot mode’.

Bagi sesetengah yang lain pula mungkin masih tercari-cari rentak yang betul dan kena dengan peranan baru yang diperolehi ini.

Positive parenting adalah konsep dimana ibu bapa fokus untuk memperbaiki diri, berbanding berusaha untuk menjadi ‘the perfect parents’ untuk anak-anak.

INI 10 ELEMEN WAJIB PERLU ADA DALAM ‘POSITIVE PARENTING’

Saya kongsikan 10 elemen positive parenting:

Gambar hiasan: Keluarga.

1. Cuba nilai situasi berdasarkan sudut pandang anak-anak (elakkan one-way approach/ kita sahaja yang betul).

2. Raikan dan ambil peduli kemampuan, bakat, kapasiti dan keinginan anak untuk berkembang dan belajar (jangan hanya nilai hasil).

3. Usaha cari moments bonding dengan anak.

4. Sensitif dan tunjukkan respon yang jujur pada signal yang anak berikan setiap hari.

5. Sediakan had/limit/disiplin yang bertepatan dengan umur anak secara konsisten.

Gambar hiasan: PBS.org.

6. Uruskan emosi kita dahulu sebelum emosi anak.

7. Sedar bahawa rasa stress, penat dan kecewa adalah sebahagian dari proses belajar menjadi ibu bapa yang positif.

8. Cuba seimbangkan antara keperluan kita dan keperluan anak, juga di antara kehendak kita dan kehendak anak.

9. Cari sokongan, ilmu dan bantuan bila anda memerlukan.

10. Jangan lupa minta pertolongan dan bantuan Allah dalam memelihara keluarga kita, menjadikan kita ibu bapa yang beramanah dan memperbetulkan kelemahan kita

#psikologisikecil

“JANGAN JEMU BELAJAR DARI KESALAHAN & PERBETULKAN KEADAAN…”

Menjengah di ruangan komen, terdapat banyak reaksi positif yang diterima dalam kalangan netizen. Ada yang menasihatkan, supaya berusaha perbaiki diri sendiri sebagai ibu bapa berbanding membaiki diri anak.

Sumber: Facebook Dr. Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×