Asuh

10 Jenis Aktiviti Elak Anak Lewat Perkembangan, Tak Semestinya Speech Delay Saja

17
SHARES

Wahai ibu bapa, anda perlu tahu kanak-kanak bukan saja boleh mengalami masalah ‘speech delay’, malah ada lagi masalah kelewatan yang lain seperti dalam perkembangan motor dan sensori.

Melalui perkongsian Puan Wawa Shauqi, dia menyedari anaknya mempunyai delay pada perkembangan motor dan sensori apabila anaknya menjadi seorang penggeli dan tidak reti untuk pegang sudu serta cepat emosi kalau buat sesuatu yang tidak jadi.

Tambahan pula, anaknya merupakan seorang yang bijak membaca dan mengaji ekoran dia banyak menumpukan ke arah itu ketika mendidik.

Baca juga: “Air Hujan Tak Buat Anak Sakit Sebenarnya Kalau…”- Rupanya Kena Ajak Anak Main Hujan!

JOM BANYAKKAN AKTIVITI BERSAMA ANAK!

Waktu tu, saya ni sejenis mak rajin. Ajar anak abc, 123, warna dan hafal macam-macam surah. Walaupun anak masa tu baru umur 1-2 tahun.

Memang tak pernah terlintas di fikiran yang anak saya akan ada masalah delay.

Sampailah satu masa, saya belajar ilmu perkembangan kanak-kanak, baru saya nampak banyak yang tak kena dekat anak saya. Terutamanya pada perkembangan motor dan sensori.

Sebab apa? Sebab saya banyak mengajar anak. Tapi saya kurang buat aktiviti.

Anak saya bijak abc, 123 dan mengaji. Tapi penggeli, handle sudu dan pensel pun tak reti dan cepat emosi kalau buat sesuatu tak jadi.

Dek kerana kurang ilmu, saya terpaksa melalui proses unlearn & relearn. Patah balik dan mula semula dari awal. Bila dah banyak belajar, barulah saya sedar betapa pentingnya aktiviti untuk membantu perkembangan anak-anak.

AKTIVTI YANG BETUL AKAN BANTU:

  • Elak anak speech delay.
  • Elak masalah sensori.
  • Elak masalah refleks tak settle.
  • Bina soft skill anak-anak.
  • Bina kemahiran sosial dan komunikasi.
  • Tajamkan skil problem-solving anak.
  • Tajamkan skil manipulatif.
  • Mahirkan skil kawal emosi.

KEBANYAKAN ANAK SPEECH DELAY JUGA ALAMI DELAY PERKEMBANGAN LAIN

Gambar hiasan: TheAsianParent.

Tahu tak?

Kebanyakan kanak-kanak yang alami speech delay juga, mengalami delay perkembangan lain. Seperti perkembangan sensori, motor, sosial-komunikasi dan delay perkembangan emosi.

Jadi nak taknak, kita kena jadi mak ayah yang ada ilmu. Sedar kalau ada sesuatu yang tak kena pada anak. Dan tau apa nak buat untuk bantu mereka.

Kalau ada mak ayah yang risau dengan perkembangan anak-anak, saya sarankan untuk dapatkan modul ni. Modul ni dirangka oleh Juruterapi Pertuturan dan Juruterapi Carakerja Kanak-kanak yang dah 10 tahun dalam bidang, dan bantu ratusan kanak-kanak delay dan istimewa.

Ada senarai semak perkembangan, strategi ransang anak bercakap, strategi untuk anak pandai urus diri, pelbagai aktiviti yang sesuai dengan umur anak dan apa step nak dibuat kalau perasan anak delay.

SENARAI 10 AKTIVITI ELAK ANAK DELAY:

1. AKTIVITI SENSORI & MESSY PLAY

2. AKTIVITI MOTOR HALUS

3. AKTIVITI MOTOR KASAR

4. MEMBANTU TUGAS RUMAH

5. AKTIVITI SENI

6. READ ALOUD

7. AKTIVITI LUAR

8. AKTIVITI DENGAN ALAM

9. BERSOSIAL & BONDING

10. EKSPERIMEN

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×