Anda perasan tak bila diri sedang bermain hujan mesti terasa bahagia dan bergelak ketawa, ibarat dunia ini kita yang punya?
Menurut Puan Mazliana Mazlan, sewaktu bermain hujan hormon bahagia menjadi tinggi, di mana turut membantu peningkatan imuniti badan. Katanya lagi, sebenarnya air hujan tak menyebabkan kanak-kanak sakit jika sistem imuniti badan mereka kuat.
Jom tingkatkan kualiti sistem imuniti anak melalui cara di bawah, barulah boleh ajak anak main air hujan sepuas hati!
Baca juga: 3 Cara Layan Anak Mengikut Kelompok Umur Panduan Dari Saidina Ali RA
JOM AJAK ANAK BERMAIN AIR HUJAN!
Jomlah ajak anak-anak main hujan.
Biar anak pulak rasa pengalaman betapa seronoknya main hujan macam kita dulu. Taknak kurung anak waktu hujan dan hanya bagi gadjet k.
AIR HUJAN TAK BUAT ANAK SAKIT SEBENARNYA KALAU…
Air hujan tak buatkan anak sakit pun sebenarnya. Kalau sistem imun anak kuat, hujan insyaAllah tak beri kesan pun pada anak.
Bila anak terdedah dengan hujan, cuaca atau suhu yang sejuk dalam tempoh lama, akan berlaku tindak balas yang sebabkan suhu badan anak lebih rendah dari biasa. Bila suhu badan rendah, imuniti badan waktu tu akan rendah sekejap.
Air hujan yang turun tu, mungkin ada bawa bersama virus dan bakteria. Jadi waktu ni, akan senang dapat jangkitan bila kita tak jaga kualiti imun sistem anak.
CARA MENINGKATKAN KUALITI SISTEM IMUN ANAK
Macam mana nak tingkatkan kualiti imun sistem anak?
- Banyakkan real food.
- Kurangkan makanan proses.
- Tidur yang cukup.
- Sunning dengan matahari.
- Grounding dengan alam.
- Elakkan stress.
SEWAKTU MAIN HUJAN, HORMON BAHAGIA DAPAT TINGKATKAN IMUNITI ANAK
Kalau anak dah selalu buat 6 perkara ni, tak perlu vitamin apa pun tau untuk kita power kan imuniti anak.
Nak main setiap kali hujan turun pun boleh. Seronok tau. Bukan anak je, kita yang dewasa ni pun kalau dapat main hujan, nikmat lain macam kan.
Waktu main hujan ni hormon bahagia mesti akan sangat tinggi dalam tubuh anak. Itupun dah boleh naikkan imuniti anak tau.
SELEPAS MAIN HUJAN, KENA BUAT INI!
Lepas main hujan, terus mandi basahkan kepala dan badan. Kemudian lap dengan tuala dan terus pakaikan baju. Makan pulak dengan nasi lauk singgang ayam lepas tu. Nikmat!
Kita buat sama-sama k. Lepas ni, tak payah tunggu anak mintak, kita yang offer, jom main hujan.
TAPI JANGAN MAIN HUJAN KALAU JENIS…
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan