DIY & Kraf

Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

111
SHARES
pokok daun kari

Pokok daun kari merupakan salah satu tanaman herba yang wajib ada di setiap kediaman. Mana tidaknya, penggunaan daun kari ini selari dengan namanya iaitu untuk masak kari yang sedap serta kuih muih yang pedas. Tetapi, setiap kali tanam pokok daun kari ini, mesti tak tumbuh merimbun dan subur. Macam mana nak buat?

Rupanya ada petua yang tidak diketahui ramai untuk merimbunkan pokok daun kari ini dengan menggunakan beras. Bagaimanakah caranya untuk menggunakan beras ini, jom kita baca perkongsian di bawah!

Baca juga: Tips Jadikan Pokok Bunga Kertas Anda Berbunga Meriah, Baru Tahu Kena Siram Macam Ini..

CARA NAK POKOK DAUN KARI MERIMBUN

pokok daun kari

Rahsia pokok kari merimbun dan subur. Petuanya adalah:

1.Tabur serbuk beras seminggu sekali
-Beras tersebut perlu dikisar halus dahulu dan tabur di pokok

2. Untuk serangga perosak, spray neem oil seminggu sekali

Bukan itu sahaja, saya tabur serbuk kulit telur di pokok pandan. Alhamdulillah naik segar hijau gemuk-gemuk daun pandan. Apa yang perlu anda buat adalah, kulit telur dibasuh terlebih dahulu, jemur kering dan tumbuk halus. Letak dekat pokok seminggu sekali.

Selain dari menggunakan beras untuk rimbunkan pokok daun kari, ada juga tips menjadikan pokok lebih subur dengan POTONG PUCUKNYA. Kenapa pucuk kari harus dipotong? Tujuannya adalah:

1. Bagi mengelakkan pokok jadi meninggi macam pokok tebu.
2. Bila sudah potong pucuk, daun kari akan jadi lebih merimbun seakan bongsai.

pokok daun kari

Beras yang sudah dikisar.

*Jadi, anda boleh cuba mana-mana petua yang dikongsikan supaya pokok daun kari lebih sihat!

Baca juga: Tanam 4 Jenis Pokok Sitrus Guna Teknik Keratan Batang, Senang Subur Boleh Petik Bila Nak Masak

Sumber: Yafeeq Feeq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×