Penggunaan buah sitrus dalam masakan merupakan antara bahan penting untuk mengimbangkan rasa dan juga memberikan haruman. Antara jenis buah sitrus yang sering digunakan dalam masakan Malaysia adalah limau kasturi, limau nipis, limau purut dan lemon. Buat anda yang selalu gunakan bahan sitrus ini dalam kuantiti sedikit, apa kata cuba ambil tahu cara tanam pokok limau ini di rumah.
Bukannya apa, kalau selalu beli dan rosak kerana lambat digunakan sudah pasti membazir bukan? Kalau ada yang berminat untuk tanam, jom kita lihat cara yang dikongsikan oleh Puan Sara Saad menggunakan teknik keratan batang. Senang sahaja nak bagi subur!
Baca juga: Tips Jadikan Pokok Bunga Kertas Anda Berbunga Meriah, Baru Tahu Kena Siram Macam Ini..
CARA TANAM POKOK LIMAU, ADA 4 JENIS
Berikut merupakan cara untuk anda membiakkan pokok sitrus seperti pokok limau kasturi, pokok limau nipis, pokok lemon dan sewaktu dengannya melalui keratan batang.
1. Potong ranting yang agak matang dari pokok induk yang dah berbuah.
2. Cucuk saja pada tanah dan siram (tak perlu penggalak akar pun, tapi kalau ada boleh saja, lekeh sangat tonyoh dengan belacan saja kat batang bawah tu).
3.Kalau guna top soil tambah 1/2 pasir lagi.
4.Kalau naik pucuk baru tanda akar tu dah keluar. Dia jadi macam bare root. Basuh lembut-lembut akar, kemudian tanam ke polibag atau pasu.
5.Untuk lemon cuttings boleh terus cucuk dalam tanah, tak payah buat apa-apa. Siram cukup air setiap hari, lepas sebulan akan lihat daun baru keluar.

Foto: Kebuna Putrajaya
*Semoga berjaya dengan tanaman pokok sitrus ini dan membuahkan hasil!
Baca juga: Cara Tanam Kangkung Dengan Ekspres, Dalam 10-14 Hari Boleh Petik Buat Goreng Belacan!
Sumber: Sara Saad
Foto: Herbalwise