DIY & Kraf

Cara Paling Mudah Tanam Pokok Ketumbar Guna Biji Ketumbar, Nak Masak Petik Je!

36
SHARES
tanam pokok ketumbar

Setiap kali nak masak menu seperti Tomyam, sudah pastinya kita akan menggunakan daun ketumbar sebagai ‘penghias’ di waktu akhir supaya masakan menjadi wangi. Begitu juga dengan masakan lain khususnya Thai, penggunaan daun ketumbar sangat penting tetapi setiap kali nak masak mesti kena beli daun ketumbar yang baharu. Apa kata kita tanam pokok ketumbar ini di rumah?

Tidak semestinya perlu membeli anak pokok untuk disemai, anda juga boleh menggunakan biji ketumbar untuk mencambahkan benih dan pokok. Mudah sahaja rupanya, jadi tak perlu lagi susah-susah nak beli daun ketumbar yang baharu setiap kali nak masak!

Baca juga: Teknik Tanam Taugeh Di Rumah Guna Bekas Plastik, Lepas 4 Hari Dah Boleh Tuai & Makan!

CARA TANAM POKOK KETUMBAR DENGAN MENGGUNAKAN BIJI KETUMBAR

tanam pokok ketumbar

 

Bahan-bahan yang digunakan pun tidak susah. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

1.Ambil 1 gengam biji ketumbar

2.Rendam selama 5 jam.

3.Tabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah compost kalau di Malaysia).

4.Lepas buat batas, benih jangan tekan ke dalam tanah, hanya perlu tabur.

5.Ambil gengaman tanah lain tabur nipis sahaja untuk tutup lapisan atas. Kemudian siram.

6.Terus letak dalam panas terik selepas semai, tak perlu letak tempat redup.

tanam pokok ketumbar

 

*Nota: Siram selalu kerana ketumbar suka air, tapi jangan sampai air bertakung. Barulah elok tumbuh pokok ketumbar dan boleh digunakan dalam masakan!

Baca juga: DIY Baja Guna 3 Bahan Ini Kalau Nak Pokok Depan Rumah Berbunga Dengan Meriah & Gemuk!

Sumber: Princess Naznin, Penawar Penyakit Batu Karang, Hempedu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×