DIY & Kraf

Cara Cuci Tilam Paling Senang Abad Ini, Hanya Gosok-Gosok Tak Payah Angkat & Jemur!

38
SHARES
cuci tilam

“Alamak ada kotoran pula di tilam, beratnya nak angkat cuci tilam dan jemur! Tak ada cara yang mudah ke?”

Penatnya sesi nak mengangkat tilam katil yang berat untuk dijemur di luar selepas dibersihkan bukan? Kalau nak upah orang untuk cuci memerlukan anda mengeluarkan sejumlah kos tapi kalau dibiarkan kotoran tersebut, geli pula. Jadi, ada satu perkongsian ‘trick’ untuk membersihkan tilam anda tanpa perlu angkat dan jemur. Hanya guna penutup periuk!

Baca juga: 13 Tahun Kerja Kedai Emas, Wanita Ini ‘Bocor’ Rahsia Cara Cuci Barang Kemas Macam Di Kedai!

TEKNIK CUCI TILAM TANPA PERLU ANGKAT DAN JEMUR

cuci tilam

Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah boleh digunakan untuk membersihkan tilam yang kotor ini. Tak perlu susah-susah angkat dan jemur pun. Tekniknya hanya bersihkan menggunakan tudung periuk. Berikut adalah caranya.

1. Sediakan satu bekas besar.

2. Tuang satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.

3. Tambahkan juga satu cawan pelembut pakaian supaya bau harum.

4. Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.

5. Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.

cuci tilam

6. Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.

7. Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.

8. Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk memudahkan permukaan tilam kering.

*Tak payah susah-susah angkat tilam berat dan jemur kan kalau kotoran hanya sedikit sahaja?

Baca juga: Cara Simpan Kain Samping Songket Ori Encik Abang, Jangan Lipat Nanti Benang ‘Patah’!

Sumber: Learn To Cook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×