DIY & Kraf

Cara Simpan Kain Samping Songket Ori Encik Abang, Jangan Lipat Nanti Benang ‘Patah’!

20
SHARES
samping songket

Dijadikan sebagai pelengkap pakaian baju Melayu, samping songket adalah kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar dengan menutup separuh tubuh antara pinggang dan lutut.

Sudah menjadi kebiasaan dalam tradisi masyarakat Melayu, kebiasaannya, pakaian tradisional Baju Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki akan digandingkan bersama samping songket.  Selain daripada samping songket, sesetengah kaum lelaki juga memilih untuk menggunakan kain pelikat sebagai alternatif untuk menggantikan samping.

Baca juga: Nak Beli Rumah Pertama? Pastikan Ruang Dalaman Menepati 7 Ciri Ini, Barulah Aman Damai..

CARA SIMPAN SAMPING SONGKET

samping songket

Namun, meskipun telah bertahun menggunakan samping kemungkinan masih ramai yang tidak mengetahui cara sebenar untuk mengekalkan keaslian dan cara penjagaan yang betul. Kalau nak tahu, samping juga mempunyai cara penjagaan yang tersendiri lebih-lebih lagi jika samping itu ditenun jadi ia mestilah dijaga dengan baik supaya tidak reput.

Oleh itu, ada perkongsian daripada @meripergibulat di TikTok, lelaki tersebut menunjukkan cara penjagaan rapi untuk memastikan samping songket tidak rosak walaupun disimpan selama bertahun.

Dalam video tersebut, dia menerangkan bahawa setiap samping songket yang dibeli mestilah disimpan dalam gulungan. Oleh kerana dia mempunyai samping yang banyak dia memilih untuk membuat sendiri tempat simpanan tersebut dengan menggunakan tiga peralatan sahaja iaitu :

-Satu batang paip atau ‘stick’ yang keras
-Kotak
-Slicia

Menurutnya, cara tersebut juga boleh dibuat menggunakan bahan yang lain seperti paip pvc yang mempunyai penahanan yang kukuh.

“Cara betul penjagaan samping, tidak boleh bagi ia berlipat kerana risau ‘benang’ patah. Kita kena biarkan ia di dalam gulungan. Ada juga yang menggunakan paip pvc,” katanya.

samping songket

Ujarnya, masukkan stick itu ke dalam ruangan tengah samping kemudian gulung dan masukkan ke dalam kotak.
Bagi memastikan samping tersebut boleh digunakan secara turun-temurun, letakkan silica ke dalam kotak tersebut supaya ia boleh menyerap lembapan dan tiada kulat.

@meripergibulat Cara simpan samping mahal-mahal yg betul! #songket #sampingsongket ♬ original sound – meri yang busy

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

Sumber: Tiktok @meripergibulat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×