Deko & Hias

Nak Beli Rumah Pertama? Pastikan Ruang Dalaman Menepati 7 Ciri Ini, Barulah Aman Damai..

4
SHARES
beli rumah pertama

Membuat keputusan untuk beli rumah pertama bukanlah perkara yang mudah. Terdapat banyak kriteria pemilihan yang perlu dilakukan untuk memiliki aset dan menjadi tempah tinggal seumur hidup ini. Buat anda yang sedang dalam proses pemilihan, bukan sahaja dari segi lokasi dan harga bayaran bulanan yang perlu dimasukkan dalam senarai.

Sangat penting juga untuk anda meneliti ruang dalaman rumah yang menitikberatkan hal-hal seperti kedudukan kiblat dan ruang-ruang tertentu. Kalau ikut pandangan dari mak-mak, mesti ada sahaja kriteria yang mereka cerewet namun mempunyai sangat berguna!

Baca juga: Letak 8 Jenis Pokok Ini Dalam Bilik Supaya Tidur Malam Nyenyak, Mimpi Sampai London!

NAK BELI RUMAH PERTAMA? PASTIKAN RUANG DALAM ADA CIRI INI

beli rumah pertama

Oleh itu, berikut merupakan antara tips pemilihan ruang dalaman rumah yang dikongsikan oleh penasihat kewangan untuk dijadikan panduan ramai.

1. Dapur sebaiknya tidak di depan dan berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza. Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.

2. Pintu bilik tidak menghadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.

3. Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak terkena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10’0″ tinggi.

4. Kiblat tidak menghadap bilik air, takkan nak sujud menghadap tandas nanti. Susah nak khusyuk nanti.

5. Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai ke malam. Dah tentu isteri kita kena pakai seksi sepanjang hari. Itu namanya rezeki.

6. Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti.

7. Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakan Soho, Sovo dan Sofo.
Mula dengan rumah kecil dan sederhana, jangan mengada nak teres atau banglo yang ada taman bunga dan penuh rama rama.

beli rumah pertama

*Buat anda yang sudah membeli rumah, tahniah diucapkan. Buat yang masih mencari dan simpan duit, jangan risau, akan sampai rezeki dan waktunya..

Baca juga: Campur 2 Bahan Ini Untuk Halau Kucing Liar, Babi Hutan Masuk & Berak Di Kawasan Rumah

Sumber: Azizul Azli Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×