Membina rumah impian di atas tanah sendiri adalah satu pencapaian yang membanggakan. Namun, proses untuk beli tanah dan merealisasikan impian tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.
Kali ini, mari tengok langkah demi langkah cara beli tanah untuk buat rumah di Malaysia, merangkumi aspek perundangan, kewangan, dan tips-tips penting yang perlu anda tahu. Sama ada anda seorang pembeli rumah pertama kali atau pelabur hartanah, panduan ini akan membantu anda menavigasi proses pembelian tanah dengan lebih yakin dan terjamin.
Baca juga: 5 Adab Sebelum Mendiami Rumah Baharu, Azan 4 Penjuru Paling PENTING Elak Jin ‘Tumpang’
CARA BELI TANAH UNTUK BINA RUMAH SENDIRI, IMPIAN RAMAI!

Foto: Freepik
Bagi yang nak beli tanah, ada pinjamannya tersendiri yang ditawarkan oleh pihak bank sebab pinjaman perumahan hanyalah untuk membeli rumah baru dan subsale. Selain tu, sebelum nak beli tanah, pastikan dulu beberapa perkara seperti di bawah:
1.Tujuan beli tanah: Bila dah tahu nak beli tanah untuk buat apa baru boleh cari tanah yang sesuai.
2.Status tanah yang diperlukan: Samada tanah kediaman, tanah pertanian, tanah komersial atau tanah banglo.
3.Hak milik tanah: 3 jenis hakmilik tanah utama adalah Pegangan Bebas (Freehold), Pegangan Pajakan (Leasehold) dan Rizab Bumiputera.
4.Geran tanah: Semua maklumat penting mengenai tanah ada dalam ni. Jadi penting untuk baca geran dulu dan semak juga dengan pejabat tanah.
5.Bajet yang ada: Nak ambil pinjaman tanah, pastinya kena bayar wang pendahuluan dan ada kos tambahan lain, jadi tentukan berapa bajet anda.
LANGKAH UNTUK MOHON PINJAMAN DENGAN BANK

Foto: Freepik
1.Sahkan dulu status tanah untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham di kemudian hari.
2.Pergi dan lihat sendiri tanah yang nak dibeli dan rujuk pada nombor geran untuk semak plot tanah.
3.Survey bank yang sesuai dan dapat menerima permohonan pinjaman tanah anda.
4.Sediakan semua dokumen yang diperlukan, antaranya:
*Dokumen identiti – Salinan kad pengenalan bagi warga Malaysia, atau salinan pasport atau MyPR bagi warga asing
*Bukti pembelian – Perjanjian pembelian dan penjualan atau boring tempahan pemaju
*Dokumen pendapatan – Slip gaji 3 bulan terkini, penyata komisen 6 bulan terkini, atau penyata bank perniagaan bergantung kepada status pekerjaan.
5.Sediakan bayaran caj yang berkaitan, seperti:
*Fi pemprosesan
*Caj perkhidmatan
*Duti setem
*Yuran guaman
*Insuran/takaful tanah
6.Pergi ke bank untuk memohon pinjaman dengan mengisi semua borang permohonan yang perlu dan tunggu jawapan dari mereka.
Info tambahan, jika anda seorang penjawat awam atau agensi kerajaan, tak perlu pening-pening sebab boleh cuba mohon pinjaman perumahan kerajaan atau LPPSA. Ini merupakan salah satu jenis pinjaman yang disediakan adalah membeli tanah dengan tujuan membina rumah.
*Selamat membina mahligai impian!
Baca juga: Boleh Guna Akaun 2 KWSP Untuk Bayar Ansuran Rumah, Ini Cara Mohon Supaya Kewangan Lebih Lega
Sumber: Freepik (Foto), PropertyGuru, Tiktok @syazanajaffry