Nur

5 Adab Sebelum Mendiami Rumah Baharu, Azan 4 Penjuru Paling PENTING Elak Jin ‘Tumpang’

23
SHARES
cara pagar rumah baru

Seperti yang kita tahu dalam dunia ini bukan manusia sahaja penghuninya malah ada makhluk lain yang tidak boleh nampak dengan mata kasar juga. Oleh kerana itulah, apabila anda membeli rumah di kawasan perumahan moden atau baru diterokai, penting untuk tahu cara pagar rumah baru dalam kaedah Islam.

‘Pagar’ ini bermaksud nak memelihara rumah kita dari gangguan makhluk halus (jin) dan boleh juga digunakan semasa anda masuk di rumah/bangunan yang sudah lama ditinggalkan. Semua makhluk akan lari!

Baca juga: 9 Lokasi ‘Keras’ Dalam Malaysia, Yang Akhir Sekali Baru Dirobohkan & Ada Bau Wangi…

5 CARA PAGAR RUMAH BARU, PALING UTAMA AZAN 4 PENJURU

cara pagar rumah baru

Azan 4 penjuru.

1. Melaungkan Azan

Disarankan melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Selain itu, sesuai dilaungkan ketika memasuki bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

Caranya ialah sediakan 4 orang di setiap penjuru. Apabila semua sudah bersedia. Boleh mula azan bersama-sama. Amalan ni jika dibuat, makhluk-makhluk halus akan lari bertempiaran. Makhluk halus sangat gentar apabila terdengar suara azan.

2. Membaca Surah Al-Baqarah

Dalam Islam, ketika memasuki rumah baharu seeloknya membaca surah Al-Baqarah di samping menghidupkan amalan membaca Al-Quran di dalam rumah.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.”(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam ketika mendiami rumah atau bangunan baru. Banyakkan bacaan surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Qursi & selawat ke atas Nabi.

5. Amalan Memberi Salam

Dengan ucapan Salam, sesebuah rumah itu sentiasa dalam keberkatan daripada Allah SWT.

Selain tu sebagai tambahan, banyakkan amalan-amalan sunat dalam rumah contohnya seperti zikir. Amalan-amalan ini juga boleh jadi benteng rumah. Bila rumah kita hidup dengan amalan-amalan agama ini, makhluk halus yang jahat ini akan menjauhi rumah kita.

cara pagar rumah baru

*Sebagai ingatan juga, jangan buat maksiat dalam rumah. Kalau rumah penuh maksiat, memang jin, syaitan, iblis suka sangat tempat macam tu. Jadi sedaya upaya kita mengawal diri dan ahli keluarga kita daripada melakukan maksiat!

Baca juga: Cara ‘Beradab’ Bila Check-In Hotel, Baru Tahu Tips No.2 Boleh Elak Diganggu Oleh ‘Benda’

Sumber: Tiktok @RumahGuvi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×