Nur

Kenapa Kena Pakai Selipar Bila Masuk Tandas? Ustaz Jelas Boleh Elak Undang Jin

21
SHARES
selipar tandas

Perasan atau tidak, kebanyakan rumah khususnya bagi yang beragama Islam pasti akan menyediakan selipar tandas untuk dipakai dalam bilik air. Mungkin dari segi logik akal, nak mengelakkan dari terjatuh kerana lantai tandas yang berisiko tinggi licin dari biasa.

Namun, rupanya ada perkongsian dari Ustaz Henry yang mengatakan bahawa tujuan Islam menggalakkan penggunakan selipar dalam tandas dapat memberikan manfaat besar.

Baca juga: 5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!

KENAPA KENA PAKAI SELIPAR TANDAS?

selipar tandas

Menurut perkongsian dari Ustaz Hazry di laman Tiktok, dikhuatiri lantai pada tandas mempunyai percikan najis yang tidak disedari dan akan menyebabkan seseorang itu  terpijak semasa berjalan dan akan menyebabkan rumah menjadi kotor. Hal ini kerana, agama Islam bukanlah sekadar agama untuk dianuti semata-mata namun ia adalah cara hidup.

Oleh itu, sebagai umat Islam kita diajar tentang adab secara spesifik mengenai sesuatu perkara sebagai contoh adab makan, adab berhias, adab memasuki tandas dan banyak lagi.

Umum mengetahui tandas digunakan sebagai tempat untuk berhadas dan juga mandi. Jadi, menurutnya:

“Kena ada selipar di dalam tandas. Kena pakai, masuk toilet kena pakai selipar. Kenapa? Banyak tempat yang saya buat pemagaran rumah, puncanya daripada ini (tak pakai selipar dalam tandas).

“Pertama sekali hadis Nabi SAW beritahu apabila kamu nak masuk ke dalam tandas, hendaklah kamu pakai dua alas. Yang pertama alas kepala, tutup kepala kita tuan-tuan tak boleh togel (tiada alas).

“Kalau nak mandi bukalah nanti, contoh nak buang air kecil atau air besar ke, tutup kepala kita ni tak kisahlah pakai tuala ke pakai kopiah ke,” ujarnya lagi.

KHUATIRI ADA PERCIKAN NAJIS

selipar tandas

Menurutnya alasan yang kedua adalah alas kaki yang merujuk kepada selipar. Jelas ustaz itu lagi, kenapa perlunya selipar dipakai dalam tandas kerana dikhuatiri lantai tandas terdapat najis yang terpecik-pecik dan perkara itu tidar disedari.

Oleh itu, apabila tidak memakai selipar ada kemungkinan seseorang akan memijak najis tersebut dan kemudian ia bertebaran di dalam rumah. Perkara itu menyebabkan rumah menjadi kotor.

“Jadi najis-najis ni, makanan siapa? Jin yang jahat, jin syaitan, jin kafir ni makanan dia.

“Jadi kalau rumah kita kotor tuan-tuan ada najis yang tanpa kita perasan tu, jadi itu menjemput untuk dia datang je, sumber makanan dia ada.”

Malah, ustaz juga turut meminta umat Islam untuk mengamalkan sunah ini meskipun tandas tersebut adalah bersih. Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir mengatakan mereka sememangnya menyediakan selipar di dalam tandas kerana takut lantai licin dan menjaga kebersihan kaki.

“Alhamdulillah memang dari dulu nak buang hajat tutup kepala dan pakai selipar. Sebab dulu dengar syaitan amik najis letak atas kepala”

@ust.hazry Kenapa perlu guna selipar di dalam tandas? Kajian menunjukkan ini adalah salah satu punca mengapa rumah sentiasa ada gangguan walaupun telah buat pemagaran. #ruqyahsyariyyah #perubatanislam #gangguanjin #kuliah #fypシ ♬ original sound – Ust.Hazry

Baca juga: Anak Tak Sah Taraf Diberi Bin/Binti Bukan Abdullah Tapi Guna 99 Nama Allah, Boleh Ke?

Sumber: Tiktok @ust.hazry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×