Cantik

Tips ‘Reapply Makeup’ Selepas Wuduk, Jimat Masa & Wajah Pun Segar!

81
SHARES
tips reapply solekan

Ramai dalam kalangan wanita memilih untuk tidak menyolek wajah selepas mengambil air wuduk kerana ia lebih menjimatkan masa. Siapa tahu, anda mungkin berubah hati selepas mengetahui tips reapply solekan selepas berwuduk dengan hanya 4 langkah mudah di bawah.

Malah, alat solekan yang diperlukan hanya produk asas sahaja untuk wajah anda sentiasa kelihatan segar dan bersinar. Berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh Puan Syazwani Md Saad.

Baca juga: Ini 7 Kaedah Buang Bulu Badan Secara Semula Jadi, Tak Perlu Lagi Waxing & Laser!

TIPS REAPPLY SOLEKAN SELEPAS BERWUDUK

tips reapply solekan

Hi guys! Wuduk adalah menyucikan diri dengan membasuh muka, tangan, kepala, dan kaki, sebelum umat Islam menunaikan sholat atau membaca kitab suci Al-Quran.

Bukan sekadar asal basah sahaja tapi saat berwuduk kita harus meratakan air sampai menjangkau semua anggota tubuh yang wajib dibasuh.

Siapa dekat sini yang masih tak reti reapply makeup lepas ambil wuduk? Korang boleh nampak fresh lagi dengan reapply makeup dan boleh jadi cantik lagi seperti awalnya.

Tapi untuk korang yang aktif buat aktiviti luar sangatlah penting untuk reapply sunscreen juga supaya kulit tetap dilindungi dari sinar UV.

TIPS REAPPLY MAKEUP

1. Produk yang diperlukan

  • Face mist
  • Foundation
  • Bedak tabur (loose powder)
  • Berus kening (eyebrow)
  • Maskara
  • Lip tint

2. Gunakan face mist

tips reapply solekan

Semburkan face mist ke seluruh wajah agar rasa lebih fresh dan tunggu sehingga ia kering.

3. Ratakan foundation

Sapukan foundation bertesktur ringan secara nipis di seluruh wajah. Pastikan diratakan dengan betul agar warna kulit kelihatan lebih sekata dan natural.

4. Set muka dengan bedak tabur

Kemudian, setting muka dengan bedak tabur ke seluruh wajah untuk mengurangi minyak pada wajah.

5. Berus kening dan maskara

Sikat kening anda dengan rapi dan kemas. Jangan lupa, sapukan maskara pada bulu mata dengan sekali sahaja agar ia kelihatan melentik secara natural.

6. Lip tint di bibir

Akhir sekali, pelengkap kepada wajah yang segar adalah mengoles lip tint di bibir anda. Gunakan warna yang lembut supaya nampak segar dan natural!

Baca juga: 2 Perkara Ini Wanita Kena Cek Betul-Betul Sebelum Solat, Kalau Tidak Jadi TAK SAH!

Sumber: Facebook Syazwani Md Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×