Nur

Ketahui Apa Itu Taharah & Bila Patut Anda Buat, Takut Tak Sah Ibadah!

57
SHARES

Anda tahu apa itu Taharah? Menurut Jabatan Mufti Negeri Perlis, dari sudut bahasa, kalimah al-Taharah bermaksud bersih dan suci dari kotoran-kotoran. Dari sudut syara’ pula ia bermaksud bersih dari hadas atau kotoran najis.

Kita sebagai manusia, kadang-kadang alpa dan kurang cakna mengenai ilmu bersihkan diri daripada kotoran najis ini. Tanpa sedar ibadah kita telah menjadi tidak sah.

Oleh itu, kita perlu sentiasa perbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim lebih baik. Ilmu itu perlu sentiasa dicari, ‘tuntulah ilmu sampai ke negeri China.’

Baca juga: Semangat Perpaduan Malaysia Terbukti, Dr Zulkifli Jelaskan Makanan Gurdwara Sahib Boleh Dimakan Oleh Orang Islam

KETAHUI APA ITU TAHARAH

Mari selami perkongsian daripada Ilham Media mengenai bab taharah ini. Sama-sama kita perbetulkan apa yang silap dan sentiasa belajar untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kadang kesian tengok orang tak tahu langsung bab taharah ni. Bila diajar lagi melenting, ini paling kesian.

ANTARA KEADAAN PERLU UNTUK BERTAHARAH

1. SELUAR DALAM KENA KEPUTIHAN

Seluar dalam terkena keputihan, masuk sekali dalam mesin basuh, putar semua sekali dengan baju baju lain. Baju anak baju suami semua campur. Sepatutnya kena cuci dulu keputihan tu bagi bersih sampai hilang bau, warna dan rasa.

2. MEMAKAI PAD JENIS KAIN

Pakai clothpad (pad jenis kain). Cuci cuci sikit sampai dah tak banyak darah. Kemudian campak sekali dalam mesin bersama pakaian lain. Tak boleh ye kalau masih ada kesan darah.

Masih jelas warna darah walaupun setompok pun, ia tetap najis. Darah ialah najis. Kalau nak campak sekali dalam mesin tu kena cuci bersih sampai hilang bau, warna dan rasa.

3. SELUAR BAJU ANAK TERKENA NAJIS

Seluar baju anak terkena sikit sikit najis campur je terus masuk mesin basuh. Zetttt masuk mesin basuh campur segala pakaian. Maka bernajislah seluruh pakaian.

Sama step, kena cuci guna air mengalir dulu dan hilangkan semua kesan. Hilang bau, warna dan rasa.

4. ANAK TERKENCING MERATA

Anak terkencing merata dalam rumah, ambil mop, lap. Settle. Sedangkan perbuatan dia menyebabkan najis tu merebak-rebak sebab ain nya belum disingkirkan.

Ingat ya, najis ni kena singkirkan ain dulu, kemudian baru boleh tuang air mutlak, dan baru boleh mop. Dekat sekolah ustaz ajar dah bab cuci najis ni. Saya masih ingat dengan jelas.

5. PUSING MERATA DALAM PUSAT BELI-BELAH

Berjalan merata pusing mall, masuk waktu solat terus ambil wudhuk tak check dulu kalau kalau ada air wadi atau keputihan. Belasah je ambil wuduk terus solat.

Ada juga jenis lepas pakai kain telekung dia buka panty dalam surau tu juga. Najis masih ada di kemaluan. Tak sah solat sebab solat bawa najis.

Pastikan check dulu dan cuci jika ada apa apa kesan di seluar dalam. Sebaiknya pakailah pantiliner, senang buang saja dan bersihkan kemaluan sebelum ambil wuduk.

APA AKIBATNYA?

Bila seluruh pakaian menjadi najis, dipakai pula bawa solat. Apa akibatnya pada ibadah kita? Tapi ada juga mesin basuh ‘patuh syariah’. Jadi boleh refer orang yang lebih arif bab mesin basuh ini ya.

FAHAMAN MENGENAI NAJIS

– APA ITU NAJIS?

Bila sebut najis, kita faham tahi je. Sedangkan najis termasuklah air kencing, air liur basi, dan banyak lagi. Najis ada banyak jenis sebenarnya masa sekolah dalam subjek pendidikan Islam dah belajar.

  • Mughalazah
  • Mutawasitah
  • Mukhafafah

Ada pengkelasan nya.

KALAU KHILAF, TUNTUTLAH ILMU

Khilaf.

Ada pendapat kata sah pakaian dibuat solat bila basuh dengan mesin basuh walaupun bercampur najis (najis yang sedikit seperti mazi dan seumpamanya, jangan tahik stoko sudoh), kerana air untuk membasuh itu “didatangkan” dan “dilalukan” serta “dibilaskan” selama 3 kali. Dan air itu lalu masuk dan keluar dari mesin, dan bukan menakung air.

Ada pendapat lain kata tidak sah selagi tidak “dibilas” secara manual, orang tranung kata bilas atau jirus air lalu. Hukum basuh baju dengan mesin basuh ni hukum muasoroh, hukum yang baru dan tiada pada zaman nabi.

Fuqoha’ telah jawab perkara ni dan berlaku khilaf. Bila khilaf, ianya rahmat kepada umat Islam. Melainkan khilaf itu terjadi pada zaman sahabat, meninggalkan khilaf itu lebih baik dan terima yang sedia ada.

Dalam bab basuh baju dengan mesin, tak ada masalah. Bilas manual lebih molek, kalau lupa bilas manual pun, masih sah. Doksoh bimbang neh..

Berat ke Islam ni? Tak berat.. Kita saja yang suka ambil ringan.

Tak tahu, belajar. Ramai saja yang boleh ajar. Sebab tu kan dalam Islam ni tugas suami didik isteri. Kalau suami tak tahu, suami pergi belajar atau izinkan isteri pergi belajar… Wallahu a’lam.

Sumber: Facebook Ilham Media

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×