Nur

2 Perkara Ini Wanita Kena Cek Betul-Betul Sebelum Solat, Kalau Tidak Jadi TAK SAH!

4
SHARES
wuduk tak sah

Terdapat dua perkara yang kebanyakan wanita ambil mudah sebelum menunaikan solat sehingga boleh membuatkan wuduk tak sah. Terutamanya, ketika pergi melancong.

Siapa sahaja yang tidak suka pergi melancong, betul tak? Dalam pada itu, jangan dilupakan juga menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa.

Melalui perkongsian bermanfaat di laman Tiktok Miss Aliya, dia telah berkongsikan dua perkara ini yang perlu diberikan perhatian oleh kaum wanita sebelum mengambil air wuduk. Mari ikuti perkongsian di bawah ini!

Baca juga: Selalu Bungkus Bawa Balik Makanan Dari Majlis Orang? Ini Hukumnya, Jangan Buat Main!

WUDUK TAK SAH BILA WANITA LUPA DUA PERKARA INI

wuduk tak sah

Dalam Islam, bersuci itu adalah sebahagian daripada iman. Ini diterangkan dalam sebuah hadis Nabi SAW:

“Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maka ternyata, betapa pentingnya kebersihan yang dituntut dalam Islam. Di bawah merupakan dua perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum menunaikan solat.

1. MEKAP

Sebelum mengambil air wuduk, pastikan solekan di muka telah dicuci sebersih-bersihnya. Gunakan penanggal mekap yang anda yakin mampu menghilangkannya supaya wuduk yang diambil dijamin sah.

2. KEPUTIHAN

Pentingnya untuk anda memeriksa seluar dalam sebelum mengambil wuduk bagi memastikan tiada keputihan. Sekiranya ada keputihan pada seluar dalam, terus tukar kepada yang baru. Maka, jangan lupa bawak seluar dalam lebih apabila pergi melancong.

Namun, adalah lebih mudah dan lebih baik memakai panty liner pada seluar dalam kerana ia boleh dicuci dan dibuang terus ke dalam tong sampah. Lebih mudah urusan anda!

Setelah seluar dalam  atau panty liner bertukar baru, jangan lupa basuh alat sulit anda dengan air bersih.

Sumber: Tiktok Missaliyatur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×