Cantik

Ini Ciri-Ciri Seluar Dalam Yang Perlu Tukar, Takkan Nak Tunggu Berlubang Kot?

14
SHARES
seluar dalam

Pernah tak anda terfikir bilakah boleh tukar seluar dalam lama kepada yang baru? Sudah nampak lusuh dan koyak atau selepas beberapa tempoh ia dipakai?

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, mari ikuti pandangan dan penjelasan dari Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi, Doktor Yulianty Arifuddin yang disiarkan Harian Metro pada 2020.

Baca juga: Mandi Tak Boleh Siram Ikut Suka, Ini Turutan Mandi Yang Betul, Baru Bersih Badan!

SELUAR DALAM

seluar dalam

Gambar hiasan: trylo

Menurut Dr. Yulianty, tempoh ideal pakaian dalam itu boleh disimpan adalah subjektif kerana ia terletak kepada cara pengendalian iaitu penggunaan bahan pencuci pakaian selain mutu buatan pakaian itu.

Beliau juga menjelaskan, kepentingan memakai seluar dalam pada asalnya bertujuan melindungi organ kelamin yang permukaannya lembut dan mudah tercedera apabila bergesel dengan ‘medium’ termasuk fabrik pakaian harian.

Malah, apabila wanita sedang bergerak aktif ia akan membawa kepada perpeluhan yang boleh menyebabkan bahagian kulit itu lembap dan mudah terluka. Jadi, di sinilah pemakaian seluar dalam penting sebagai pelindung kepada bahagian peribadi wanita.

CIRI-CIRI SELUAR DALAM YANG PERLU DITUKAR

Berikut merupakan ciri-ciri seluar dalam yang perlu ditukar sebagai panduan anda.

1. Simpan dan guna pada tempoh yang lama

Dr. Yulianty berpendapat, sebaiknya seluar dalam ditukar baru sebulan sekali atau setiap tiga bulan sekali. Sekiranya, tempoh tersebut terlalu singkat boleh sahaja beli baru setiap tempoh enam bulan.

2. Jenis material seluar dalam

Selain itu, penukaran seluar dalam baru juga bergantung kepada kualiti pembuatan sama ada fabriknya sesuai dan boleh bertahan lama. Menurut Dr. Yulianty, material terbaik ketika ini adalah kapas kerana ia bersifat semula jadi, mempunyai pengudaraan yang baik dan tahan lasak.

3. Seluar dalam kelihatan jauh berbeza dari asalnya

Ciri lain seluar dalam perlu ditukar adalah apabila ia kelihatan jauh berbeza dari asalnya. Antaranya seperti:

  • berubah warna
  • jalinan fiber sudah longgar
  • bahagian seluar dalam di tengah yang melindungi organ kelamin sudah menipis

4. Bahagian tengah seluar ada kekuningan

Bahagian tengah pada seluar dalam yang mempunyai tompokan kuning atau keperangan sisa daripada keputihan juga kesan detergen ‘berat’ merupakan ciri lain seluar dalam harus ditukar. Hal ini kerana, kerap menggosok bahagian itu boleh menjejaskan kesihatan bahagian kelamin dan faraj wanita.

Kesimpulan

Sekiranya seluar dalam anda sudah mempunyai ciri-ciri di atas, maka dinasihatkan untuk menukarnya kepada yang baru. Ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada anda malah melindungi ruang intim dari terjejas sebarang penyakit.

Tidak hanya tempoh seluar dalam disimpan menjadi fokus kepada kesihatan ruang intim, sebaliknya rutin pemakaian seluar dalam, selain penjagaan kebersihan bahagian peribadi sebenarnya jauh lebih penting.

Baca juga: Ini Kesan Bahaya Bra Ketat Anda Kena Tahu, No.1 Itu Selalu Orang Perempuan Kena!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Freepik

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×