Pada umur berapa anak gadis memakai pakaian dalam wanita iaitu coli? Persoalan ini sebenarnya sering timbul dalam fikiran mama dan papa.
Kebiasaannya, anda berpendapat coli dipakai selepas anak sudah datang haid. Ternyata, kanak-kanak perempuan boleh memakai coli apabila payudara mulai berkembang.
Baca juga: Guna Ayat Yang Salah Ketika Tegur Anak, Boleh Jadi Punca Timbul Cemburu dan Dengki
PAKAIAN DALAM WANITA
Purata umur wanita mula memakai pakaian dalam
Menurut pakar seks Dr. Karen Rayne, purata umur perempuan memakai pakaian dalam adalah sekitar 11 tahun. Namun mama dan papa perlu ingat, pertumbuhan setiap kanak-kanak adalah berbeza.
Rayne berkata sesetengah gadis mungkin merasakan mereka perlu memakai pakaian dalam seperti coli, sebagai medium penyokong apabila payudara mereka mula membesar. Boleh jadi juga kerana berasa tidak selesa sewaktu menjalankan aktiviti sukan.
“Memakai coli boleh memberikan sokongan untuk tisu payudara dan membuatkan sesetengah gadis dan wanita berasa lebih selesa,” tulisnya dalam buku berjudul Help Your Kids with Adolescence.
Baca juga: Kecoh Satu Hospital Lahirnya Bayi 4.8kg & Pecah Rekod, Ya Allah Gebunya Dia!
Purata umur payudara wanita mula membesar
Arati Mokashi, pakar endokrinologi pediatrik di Halifax, berkata payudara boleh mula membesar seawal usia 8 tahun atau selewat 13 tahun. Tetapi secara purata, payudara membesar apabila wanita berumur 10.5 tahun.
“Data di Amerika menunjukkan bahawa akil baligh kini berlaku lebih awal berbanding masa lalu. Hal ini mungkin disebabkan oleh pemakanan yang lebih baik dan peningkatan obesiti,” jelas Mokashi, memetik Today Parents.
Gadis zaman kini lebih cepat membesar payudaranya, berbanding 20 tahun lalu – kajian
Memang, gadis zaman kini memerlukan pemakaian coli kira-kira setahun lebih awal daripada kanak-kanak pada 20 tahun lalu.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics pada tahun 2010 mendapati bahawa pada usia 7 tahun, 10 peratus gadis kulit putih, dua peratus gadis Asia, 15 peratus gadis Hispanik dan 23 peratus gadis kulit hitam telah mula mengembangkan payudara.
Mokashi berkata, atas faktor tersebut, mama papa perlu berkomunikasi dengan anak gadis secara terbuka. Selain itu, haid pertama mungkin akan bermula dua hingga dua tahun setengah selepas payudara mula berkembang.
Baca juga: Bimbang Tengok Tulisan Anak ‘Buruk’ & Masih Terkial-Kial Pegang Pensel, OT Dedah Ini Puncanya!
Sokong anak untuk memakai coli apabila dia sudah bersedia
Sementara itu, pakar psikologi Carla Fry berkata adalah penting untuk mama papa mengetahui bila anak mereka perlu memakai coli. Jadi, tidak salah jika penjaga mendengar permintaan anak-anak mereka.
“Jika anak anda meminta untuk memakai coli, inilah masanya untuk mengizinkan dia memakai coli. Sama ada atas sebab kesopanan, kesesuaian atau fesyen,” kata Fry.
Baca juga: Tak Berkesan Kerap Rotan Anak Degil, Sebaliknya Raikan Mereka Dengan 8 Tips Ini!
Tetapi bagaimana jika kanak-kanak itu malu?
Menurut laman web The Better Fit, anak gadis pasti berasa malu apabila memikirkan perlu memakai coli, terutamanya bra push up atau coli dengan wayar.
Sebenarnya, terdapat bra latihan dan crop top disediakan untuk kanak-kanak yang mungkin tidak mempunyai payudara yang sangat berkembang tetapi ingin memakai coli. Biasanya, sebilangan besar mama papa lebih memilih jenis yang serupa dengan coli sukan untuk anak kecil mereka.
Sesetengah kanak-kanak berasa malu untuk bercakap tentang coli, terutamanya kepada mama mereka. Atas sebab ini, tidak ada salahnya mengajak anak anda bersembang secara santai.
Tapi, kalau anak belum bersedia, janganlah dipaksa. Walaupun, mama perlu terus mendidik anak-anak tentang kepentingan memakai coli sebagai sebahagian daripada pendidikan seks.
Sama seperti wanita dewasa dan remaja perempuan yang dinasihatkan untuk tidak memakai coli 24 jam sehari. Dengan kata lain, beri masa kepada payudara anda untuk ‘bernafas’.
Baca juga: Jangan Mandi Air Suam, Antara 3 Kesilapan Ibu Bapa Sering Buat Bila Anak Demam!
Sumber: Hai Bunda