Keadaan bayi demam semestinya perkara yang membimbangkan ibu bapa, terutamanya mereka yang tiada pengalaman. Mulalah timbul rasa berdebar kerana khuatir tersalah cara mengendalikan masalah demam si anak.
Menurut Dr. Salehin di akaun Tiktoknya @drsalehink , terdapat beberapa kesilapan yang sudah menjadi kebiasaan ibu bapa ketika menangani masalah anak demam. Antaranya adalah memakaikan pakaian tebal kepada anak yang sedang demam. Butirannya ada di bawah.
Baca juga: 4 Kartun Ini Sangat Bagus Untuk Anak ‘Speech Delay’, Ramai Mama Papa Setuju!
BAYI DEMAM
Anak demam berpakaian tebal
“Pertama, kebiasaannya orang Malaysia kalau anak-anak demam mesti bagi pakai pakaian tebal. Sebenarnya, salah. Pakaian tebal itu ia menyimpan haba, maksudnya ia menyimpan haba badan.
“Badan anak-anak panas, sepatutnya dia kena keluarkan haba dalam badan. Jadi, sepatutnya kita tak boleh bagi pakaian yang tebal.
“Macam itu anak-anak bila bagi pakaian baju sejuk, dia akan lagi panas. Demamnya akan lagi teruk,” kata Dr Salehin.
Menggalakkan anak demam untuk makan biarpun tiada selera
Selain itu, keadaan anak demam yang tiada selera makan.
“Kedua, kebiasaannya anak-anak yang demam dia akan lapar. Dan bila anak demam dia akan kurang nak makan.
“Bila dia kurang nak makan, sebenarnya ibu bapa kena menggalakkan dan suruh anak makan. Melalui pemakanan, anak akan cepat pulih. Jadi, ibu bapa kena galakkan anak untuk makan,” ulas Dr. Salehin lagi.
Baca juga: Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!
Baca juga: Luahan Individu Ini Bikin Sebak, Tak Pernah Terima Pujian Ibu Bapa!
Mandikan anak demam dengan air suam
Terakhirnya adalah memandikan anak demam dengan air suam atau air panas.
“Air suam ini biasanya dia punya suhu mungkin lebih tinggi daripada badan kita. Mungkin dalam 50 degree 60 degree macam itu ataupun mungkinlah 45 macam itu.
“Kita demam pun paling tinggi mungkin 40, boleh pergi jauh pun 41. Jadi, kita punya suhu badan lebih sejuk daripada air yang kita mandi.
“Jadi, suhu panas air itu akan masuk ke dalam badan yang menyebabkan badan kita lebih panas. Sebenarnya, bila demam bukan kena mandi air panas tapi kena mandi dengan air sejuk,” ujar Dr. Salehin.
Tambah Dr. Salehin lagi, beliau berharap agar kesilapan yang dilakukan ibu bapa ini ketika anak-anak demam boleh dicegah.
@drsalehink Kesilapan ibu bapa bila anak demam #drsalehin #anakdemam #tipskesihatan
Nota penulis:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan jawapan yang jelas, dapatkan nasihat doktor bertauliah berhampiran anda.
Baca juga: Anak Sulung Rita Rudaini Pecah Rekod MSSD 20 Tahun Larian 100m, Tahniah!
Sumber: Tiktok @drsalehink
FT Image: Tiktok @drsalehink /