Asuh

Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!

24
SHARES
perjalanan hidup

Perjalanan hidup bayi bernama Khadeeja ini sungguh berliku dan besar ujiannya. Bermula dengan kesakitan dialami pada wajahnya yang tumbuh ruam merah sehingga didiagnosis mempunyai ketumbuhan. Tidak berhenti di situ, kemudiannya berlanjutan kepada paru-paru mengecut dan perlu menjalani kemoterapi kerana mempunyai sel kanser.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh ibu Khadeeja di laman Tiktoknya @nursyarinaadollah , ikuti kisah kehidupan bayi Khadeeja yang penuh ranjau ini.

Baca juga: Berakhirnya Pagi Tadi Perjuangan Bayi IVF Hadapi Sindrom Jarang Berlaku, Undang Sebak!

PERJALANAN HIDUP BAYI KHADEEJA

perjalanan hidup

Gambar: Tiktok @nursyarinaadollah

Kulit mengelupas kemerahan sehingga mengeluarkan nanah 

Ujian besar dilalui bayi Khadeeja bermula 22 September lalu, apabila mengalami bengkak di wajahnya yang menyebabkan dia berterusan menangis.

Kemudian, Khadeeja dibawa ke hospital keesokannya dan disapukan ubat. Sehari selepas itu, kulitnya jadi kering kemerahan dan mengelupas seakan terbakar.

Namun, pada 25 Khadeeja telah ditahan wad kerana demam tinggi sehingga tidak mampu membuka matanya. Manakala, wajahnya sudah mula mengeluarkan air nanah dan pakar mencuci luka tersebut sebelum dipakaikan wayar oksigen.

perjalanan hidup

Gambar: Tiktok @nursyarinaadollah

Difahamkan, bayi kecil itu menghadapi penyakit Strepscaided Syndrome.

Setelah itu, luka di sekitar tubuh Khadeeja mula mengelupas terutamanya selepas menggunakan antibiotik dan beransur pulih, sebelum keluar wad pada 3 Oktober.

Baca juga: Nenek Saudara Diberi Hak Jagaan Sementara Adik Kepada Zayn Rayyan

Diagnosis ada ketumbuhan (cyst)

Tiba-tiba pada 10 Oktober, Khadeeja mengalami demam dan selsema sehingga bernafas laju yang menyebabkan dia ditahan wad.

Kemudian, membuat pemeriksaan imbasan (CT scan) pada 19 Oktober dan terus dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mendapati ada sesuatu yang tidak kena.

ujian hidup

Gambar: Tiktok @nursyarinaadollah

Nur Syarinaa, dimaklumkan bahawa anaknya itu mempunyai ketumbuhan di kawasan kanan tubuhnya dan perlu menjalani pembedahan. Operasi membuang ketumbuhan berjaya dilakukan pada 27 November.

Paru-paru mengecut dan perlu kemoterapi ada sel kanser dalam ketumbuhan

Namun, bayi Khadeeja mengalami paru-paru mengecut kesan selepas pembedahan, seperti mana dimaklumkan pakar sebelum itu. Paru-paru Khadeeja semakin bertambah baik pada 4 Disember dan boleh keluar wad pada keesokkan harinya.

ujian hidup

Gambar: Tiktok @nursyarinaadollah

Ujian hidup Khadeeja tidak berakhir di situ. Di mana, pada 23 Disember bayi kecil ini dimaklumkan mempunyai sel kanser sebanyak 5% di dalam ketumbuhannya.

Khadeeja perlu menjalani rawatan kemoterapi bermula 26 Disember. Selang beberapa hari kemudiannya, Khadeeja sudah boleh keluar wad dan akan menjalani rawatan kemoterapi yang seterusnya.

Alhamdulillah, Khadeeja bebas kanser!

ujian hidup

Gambar: Tiktok @nursyarinaadollah

Meninjau di video lain, penulis difahamkan setelah bayi Khadeeja menjalani sesi kemoterapi sebanyak empat kali, keputusan daripada pemeriksaan imbasan mendapati sudah tiada kanser di dalam badan bayi itu.

Alhamdulillah! Sungguh kuat ujian hidup yang dijalani bayi bernama Khadeeja ini. Mari, sama-sama doakan agar bayi Khadeeja sentiasa sihat dan menjalani kehidupannya dengan lebih baik.

sel kanser dalam ketmbuhan

Gambar: Tiktok @nursyarinaadollah

Baca juga: Tak Berkesan Kerap Rotan Anak Degil, Sebaliknya Raikan Mereka Dengan 8 Tips Ini!

Sumber: Tiktok @nursyarinaadollah

FT Image: Tiktok @nursyarinaadollah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×