Perjuangan seorang bayi perempuan berusia 7 bulan yang diagnosis mempunyai sindrom yang jarang berlaku iaitu Kabuki Sindrom, berakhir hayatnya pada jam 2.30 pagi tadi dijemput Ilahi.
Difahamkan anak syurga bernama Nur Malaiqa Aqeela, merupakan bayi tabung uji (IVF) yang dinantikan selama 11 tahun, melalui perkongsian ibunya, Afeeqa Saidi.
Baca juga: Budak 4 Tahun Terselamat Lepas Jatuh Tingkat 16 & Tanpa Patah Tulang!
BAYI PEREMPUAN
Perkongsian Afeeqa di laman Tiktok tentang perjalanan hidup yang dilalui permata hatinya sepanjang berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), sejak dilahirkan pada Januari tahun ini, mengundang sebak warga maya.
Namun, sebelum adik Aqeela meninggal dunia, pada 1 Ogos lalu Afeeqa menerima panggilan daripada doktor untuk menidurkan (intubasi) anaknya itu. Menurut Afeeqa, arwah telah melalui prosedur tersebut sebanyak 5 kali.
Saban hari dan waktu, ibu bapa Aqeela dan warga maya berdoa agar adik Aqeela sembuh sepenuhnya. Namun, Allah SWT lebih Maha Mengetahui.
Baca juga: Tak Berkesan Kerap Rotan Anak Degil, Sebaliknya Raikan Mereka Dengan 8 Tips Ini!
Nur Malaiqa Aqeela mempunyai 8 diagnosis
Mengimbas kembali perjalanan hidup arwah Aqeela, ibunya memaklumkan dia mempunyai 8 diagnosis termasuklah positif Influenza, Rotavirus, Adenovirus dan jangkitan kuman para paru-paru, selain Kabuki Sindrom.
Sungguh berat ujian yang diterima anak kecil ini.
Malah, lebih kurang RM18 ribu diperlukan bagi mendapatkan suntikan vaksin Synagis Palivizumab untuk 5 dos pengambilan yang diperlukan arwah.
Rentetan itu, pelbagai usaha dilakukan Afeeqa untuk membiayai kos perubatan anaknya termasuklah dengan cuba membuat affiliate, selain telah membuat permohonan bantuan di pusat zakat.
Baca juga: Anda Rasa Comel Tapi Kasut Budak Berbunyi ‘Squeaky’ Bukan Pilihan Terbaik Pakai Harian
Sungguh kuat dan tabah Afeeqa mengharungi ujian getir ini.
Ibu mana yang tidak sedih anak yang dikandung selama 9 bulan dan ditunggu selama bertahun-tahun akhirnya pergi bertemu Penciptanya tidak lama selepas itu. Biarpun, dia dan suami sudah mempunyai 2 anak.
Difahamkan juga, 3 hari lalu merupakan ulang tahun kelahiran Afeeqa.
“11 tahun mama tunggu adik, hari ini birthday mama. Aqeela hadiah yang paling indah dalam hidup mama. Mama sebak,” tulisnya pada satu hantaran videonya.
Salam takziah kami ucapkan kepada Puan Afeeqa Saidi sekeluarga. Al-Fatihah buat Nur Malaiqa Aqeela.
Baca juga: ‘Parents’ Tak Sedar Buat 6 Tanda Ini Sebenarnya MEMBULI ANAK, Bila Besar Dia Buli Orang Lain Pula!
Sumber: Tiktok @kakfeeqa
FT Image: Afeeqa Saidi