Asuh

Anda Rasa Comel Tapi Kasut Budak Berbunyi ‘Squeaky’ Bukan Pilihan Terbaik Pakai Harian

6
SHARES
kasut budak

Kasut budak yang berbunyi atau kasut squeaky, memang comel dilihat terutama apabila si kecil anda memakainya. Maka, tidak hairan ramai dalam kalangan ibu bapa yang membeli kasut jenis ini dengan pelbagai rupa yang menarik.

Namun, Public Health Malaysia (PHM) menyatakan, kasut squeaky bukanlah pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian, biarpun ia kelihatan comel dan disukai kanak-kanak.

Baca juga: ‘Parents’ Tak Sedar Buat 6 Tanda Ini Sebenarnya MEMBULI ANAK, Bila Besar Dia Buli Orang Lain Pula!

KASUT BUDAK BERBUNYI

kasut budak

Gambar: PHM

“Mungkin anda rasa ia comel dan kanak-kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian,” kongsi PHM di hantaran terbarunya semalam.

Kekurangan kasut berbunyi

Di mana menurut PHM, terdapat banyak kekurangan yang ada pada kasut berbunyi ini. Antaranya adalah:

  1. Boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
  2. Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak yang menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.
  3. Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur.
  4. Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.

Baca juga: Anak Gadis Dah Mula Tumbuh Payudara, 7 Perkara Ini Kena Cakap Pada Dia!

Kelebihan kasut berbunyi

Walau bagaimanapun, ada juga kelebihan pada kasut berbunyi ini seperti:

  1. Kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak-kanak belajar berjalan.
  2. Ia membantu ibu bapa untuk alert kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.

PHM juga memberi pandangan, agar kasut ini hanya dipakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.

P/s: Jadi, apa kata ibu bapa di luar sana?

Baca juga: Ingat! Bila Anak Kecil Sakit Tekak Jangan Dibiar, Risau Dijangkiti Penyakit Ini

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: PHM / user18526052

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×