Asuh

5 Manfaat Bayi Tengok Imej Warna Hitam & Putih Sebelum Usia Setahun!

2
SHARES
warna hitam putih

Imej yang mempunyai warna hitam putih, sebenarnya bagus untuk rangsangan visual bayi sebelum mencapai umur 1 tahun. Di mana, visual termasuk dalam bahagian penting untuk perkembangan si comel.

Apabila deria penglihatan bayi anda berkembang, beri si kecil pelbagai visual hitam dan putih dengan garisan yang jelas dalam persekitaran harian mereka. Hal ini boleh membantu mengembangkan penglihatan mereka.

Baca juga: Aktiviti Merangsang Perkembangan Bayi Bawah 1 Tahun, Ada 8 Cara Boleh Guna!

WARNA HITAM PUTIH RANGSANG VISUAL BAYI

warna hitam putih

Gambar: Etsy

MANFAAT BAYI PERLU RANGSANGAN VISUAL HITAM & PUTIH

Visual adalah salah satu bahagian penting dalam perkembangan bayi. Maka dari itu, mengenalkan gambar hitam dan putih pada bayi baru lahir turut mempunyai banyak manfaat, antaranya:

Baca juga: Gara-Gara Anak Makan Bersepah, Individu Ini Didenda RM5 Oleh Tuan Kedai!

1. Merangsang deria penglihatan

Dipetik dari Wonder Baby, bayi mempunyai persepsi warna yang terhad ketika dilahirkan. Ramai saintis bersetuju bahawa bayi mula melihat dengan warna hitam dan putih atau warna kelabu. Bayi mula fokus pada objek yang berjarak 30cm daripadanya dalam bulan pertama.

Bayi menyukai imej kontras tinggi yang ringkas dan tegas kerana lebih mudah untuk dilihat. Seterusnya, dapat mengenal pasti objek dan bentuk dalam warna tersebut pada beberapa bulan pertama.

Mainan dan gambar hitam putih juga akan menyokong perkembangan visual bayi dan mengajar otot mata untuk berkoordinasi dengan otak.

2. Latihan kontras visual

Rangsangan warna hitam dan putih dapat mendorong penglibatan fizikal dan lisan bayi. Mata bayi akan tertarik pada bentuk dan objek kerana kontras visual.

Selain itu, bayi akan tertarik untuk meneroka dan bermain dengan corak dan tekstur yang berbeza.

3. Meningkatkan jangkauan perhatian

Bayi yang baru lahir biasanya tidak dapat menumpukan perhatian pada satu aktiviti untuk jangka masa yang lama. Tetapi semasa bayi membesar, mereka perlu belajar bagaimana untuk melakukan aktiviti selama 1 hingga 2 minit.

Imej hitam dan putih dengan kontras tinggi lebih mudah untuk ditafsirkan oleh bayi, jadi mereka akan menghabiskan lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan objek dalam kombinasi warna ini.

Memberi gambar, buku dan mainan berwarna hitam dan putih kepada bayi pada bulan-bulan pertama kehidupan dipercayai dapat memperpanjang jangkauan perhatian dan meningkatkan perkembangan sistem saraf.

Baca juga: Anak Gadis Dah Mula Tumbuh Payudara, 7 Perkara Ini Kena Cakap Pada Dia!

4. Kepercayaan diri dan kosa kata bayi meningkat

Bayi akan lebih suka meniru ibu bapa dan orang lain yang berdekatan sehingga mereka berkembang sepenuhnya. Mereka melihat dan perlahan-lahan belajar bagaimana untuk melakukan perkara-perkara yang anda lakukan.

Memberi bayi gambar dan objek yang mereka boleh lihat dengan lebih jelas akan membolehkan ibu menggambarkan apa yang mereka lihat.

Deria penglihatan, pendengaran dan perbendaharaan kata bayi akan menjadi lebih aktif. Mereka lebih mudah memahami, jadi kepercayaan diri mereka turut meningkat.

5. Merangsang perkembangan kognitif

Imej hitam dan putih memberi peluang kepada bayi untuk berfikir, belajar dan meneroka. Bayi yang baru lahir terutamanya melihat hitam, putih dan kelabu sebelum penglihatan warna mereka berkembang sekitar usia 4 bulan.

Baca juga:  Ibu Sering Rasa Bersalah (Mom Guilt) Pada Anak, Boleh Dapat Gangguan Mental!

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Kaedah merangsang warna hitam dan putih kepada bayi

warna hitam putih

Gambar: Etsy

Menggunakan gambar hitam dan putih untuk bayi tidak perlu rumit. Ibu boleh memberi mereka corak, bentuk atau imej dengan kontras tinggi dan warna-warna ini.

Letakkan objek di hadapan bayi supaya mereka dapat menumpukan perhatian dan fokus. Pada masa ini, mereka akan melatih perkembangan visual mereka.

Berikut adalah beberapa idea menggunakan warna hitam dan putih untuk membantu perkembangan bayi:

  1. Flash card – Guna flash card dengan gambar haiwan atau objek hitam putih berkontras tinggi. Ia penting untuk menjaga mereka tetap teruja secara visual.
  2. Buku – Membaca buku juga boleh menjadi aktiviti menyeronokkan yang dilakukan semasa bermain. Ibu boleh membeli atau membuat sendiri buku bergambar hitam dan putih untuk digunakan oleh bayi.

Baca juga: Tips Jadi Ayah Yang Hebat Ada 10, Anak-Anak Memanjang Je Nak ‘Melekat’!

Sumber: HaiBunda

FT Image: priyanndpeanut / Etsy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×