Asuh

Berapa Lama Bayi Perlu Bermain Setiap Hari? Mama Papa Ini Jawapannya!

21
SHARES
kanak-kanak bermain

Bermain merupakan aktiviti yang sangat penting untuk perkembangan bayi. Bukan sahaja bayi, kanak-kanak bermain pun boleh mendapat faedah luar biasa daripadanya.

Lebih daripada sekadar berseronok, bermain ialah cara untuk bayi belajar dan berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka. Malah, bermain mesti dilakukan setiap hari. Mama mungkin tertanya-tanya, berapa lama bayi perlu bermain setiap hari? Mari ikuti ulasan lanjut di bawah.

Baca juga: Hati-Hati, Tak Selamat Makan Ikan Tinggi Kandungan Merkuri & Ini Senarainya!

KANAK-KANAK BERMAIN

kanak-kanak bermain

Gambar: freepik

Masa bermain adalah menyeronokkan untuk si kecil. Selain itu, bermain juga merupakan bahagian penting dalam keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan bayi.

Waktu bermain yang teratur adalah bahagian penting dalam membantu bayi dan kanak-kanak tumbuh dan berkembang baik secara fizikal dan psikologi. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bermain mempunyai beberapa manfaat untuk bayi, iaitu:

  • Menggalakkan perkembangan dan ketahanan emosi, termasuk membantu bayi dan kanak-kanak mengatasi perasaan yang sukar.
  • Bantu meningkatkan keyakinan diri.
  • Meningkatkan ketangkasan dan kekuatan fizikal.
  • Memupuk imaginasi dan pemikiran kreatif serta penyelesaian masalah.
  • Menawarkan peluang untuk meneroka peranan baru, termasuk berlatih peranan dewasa.
  • Mempromosikan perkembangan sosial, membantu anak kecil belajar bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan, berkongsi, berunding, dan menyelesaikan konflik.

Baca juga: Cara Ajar Bayi Minum Air Masak, Boleh Guna Cawan Tertentu Saja Bukan Sembarangan!

Tempoh waktu yang diperlukan bayi untuk bermain

AAP mengesyorkan agar mama dan papa menggunakan permainan untuk membantu memenuhi keperluan kesihatan dan perkembangan bayi sejak lahir. Terutamanya dalam permainan aktif, ibu boleh membiarkan bayi bermain atau bergerak bebas di atas lantai dengan pengawasan ketat.

1. Bayi berusia beberapa hari

Malah bayi yang baru berusia beberapa hari perlu mendapat dua atau tiga sesi tummy time semasa bermain setiap hari. Setiap sesi boleh berlangsung selama 3 hingga 5 minit.

2. Usia 6 bulan

Pada usia 6 bulan, bayi boleh bermain sendirian selama 5 minit.

3. Bayi usia 12 bulan

Bagi bayi berusia 12 bulan, mereka boleh bermain sendiri selama 15 minit.

Kesimpulan

Sebagai penjaga, penulis percaya anda sentiasa mahukan yang terbaik untuk bayi anda. Hal ini termasuklah, meluangkan masa bermain dengan bayi.

Tetapi mama mungkin tertanya-tanya: Berapa lama anda perlu bermain dengan bayi anda? Ringkasnya, luangkan masa antara 20 minit dan 1 jam sehari bermain dengan si kecil anda.

Bermain tidak bermakna menghiburkan bayi dengan mainan sepanjang hari. Walaupun bermain dengan bayi boleh melibatkan penerokaan objek baharu seperti kompang atau haiwan boneka, terdapat banyak cara lain untuk berinteraksi dan berseronok bersama.

Antaranya dengan meniru bunyi bayi, menyanyikan lagu, menggunakan cermin untuk meneroka ekspresi wajah atau memberi ruang kepada bayi untuk meneroka bagaimana badannya bergerak, semuanya dianggap sebagai bentuk masa bermain yang berharga. Pastikan ia dilakukan setiap hari dan biarkan anak kecil anda yang memimpin.

Jadi, sekarang mama sudah tahu berapa lama bayi anda perlu bermain setiap hari. Ayuh, luangkan masa bermain dengan si kecil!

Baca juga: Guna 5 Ayat ‘Keramat’ Ini Pada Anak Sulung, Supaya Tak Rasa Adiknya Sebagai ‘Pencabar’!

Sumber: PopMama

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×