Asuh

Ibu Ayah, Luangkan Masa 15 Minit Bermain Dengan Anak Setiap Hari, Ini Sebabnya! Tak Lama Pun

6
SHARES
anak bermain

Pernahkah anda terfikir sebagai ibu bapa, berapa lamakah tempoh yang ideal perlu diluangkan untuk bermain bersama anak? Mungkin terdapat segelintir ibu bapa, meluangkan masa sehingga berjam lamanya atau mungkin hanya kurang dari 10 minit sahaja untuk anak bermain.

Sebenarnya, panjang masa bermain bersama si kecil itu tiada ditetapkan secara khusus. Namun, masa yang telah disyorkan oleh ahli Neurosains adalah 15 minit yang berkualiti. Mari ikuti penulisan ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui sebabnya.

Baca juga: Ibu Jangan Panik Bila ‘Check’ Kandungan Bayi Terbelit Tali Pusat, Ini Anda Perlu Tahu!

TEMPOH BERMAIN YANG IDEAL BERSAMA ANAK

anak bermain

Waktu ideal sebaiknya adalah 15 minit. Sekiranya, mempunyai tempoh lebih daripada 15 minit anda boleh membuat pilihan aktiviti terlebih dahulu untuk si kecil.

Namun, jika hanya menetapkan dalam tempoh 15 minit sahaja, berikan pilihan untuk memilih aktiviti kepada anak anda.

ANAK BERMAIN MENGIKUT TEMPOH BERBEZA

TEMPOH 15 MINIT

Luangkan masa 15 minit dan biarkan anak-anak memilih cara menghabiskan masa mereka bersama anda.

  • Anak anda memilih apa yang hendak dimainkan dan bersetuju dengannya.
  • Letakkan telefon anda jauh di tempat lain.
  • Libatkan diri anda sepenuhnya.
  • Jangan terlalu banyak bertanya soalan berkaitan pendidikan.

LEBIH DARI 15 MINIT

Dengan beberapa minit tambahan, ibu bapa boleh mencapai keseimbangan untuk melakukan satu aktiviti yang dipilih oleh anak-anak dan aktiviti yang diingini oleh orang dewasa.

  • Mulakan dengan beberapa minit (sehingga 15 minit) aktiviti yang ibu bapa pilih, lebih berpendidikan dan tidak bertanya terlalu banyak soalan.
  • Ikuti dengan ganjaran 15 minit bermain pula bersama anak.

INI SEBAB 15 MINIT MASA YANG IDEAL

Di bawah ini merupakan 3 sebab mengapa 15 minit merupakan masa yang sesuai diperuntukkan untuk meluangkan masa bersama si kecil.

anak bermain

1. TEMPOH MASA MAIN YANG MAMPU DICAPAI

Satu tempoh yang mempunyai jumlah masa yang terhad, boleh dilaksanakan dan boleh dihadam untuk memfokus pada sesuatu.

Sesiapa sahaja boleh mendedikasikan 15 minit melakukan aktiviti menarik kepada orang yang mereka sayangi. Pada masa yang sama, tempoh lebih panjang mungkin memberi anda tempoh berehat sebentar yang berasa lebih kepada komitmen.

2. TEMPOH MASA YANG CUKUP UNTUK BERMAIN

Ahli Neurosains mengesyorkan 15 minit sebagai jumlah masa yang munasabah untuk memberi tumpuan kepada mana-mana satu tugas atau mempelajari kemahiran baharu. Ia juga tempoh yang cukup lama untuk anda menyelesaikan sesuatu.

Menyatakan ayat seperti “kita akan menghabiskan 8 minit untuk bermain permainan ini,” kepada si kecil terasa seakan anda tidak mahu bermain bersamanya. 15 minit interaksi masa yang amat bermanfaat kepada kanak-kanak kerana ia berasa anda lebih bermurah hati untuk meluangkan masa bersama mereka.

3. TEMPOH YANG TIDAK PANJANG

Terdapat banyak buku dan program di luar sana yang menggunakan minit dalam tajuk yang berjaya menarik perhatian khalayak. Contohnya, di dalam pengiklanan. Angka lebih menarik kerana sudah mempunyai jangkaan yang ditentukan.

Ramai orang belajar dan mengingati apa yang mereka pelajari dengan lebih baik dalam masa yang singkat. Buat kanak-kanak yang sangat kecil, jangka masa tidak boleh terlalu lama sebelum daya perhatian mereka terganggu.

Sumber: Lies About Parenting

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×