Asuh

Ini 5 Perkara Ayah Wajib Lakukan Bersama Anak, Baru Hubungan Ayah Anak Lebih Baik!

27
SHARES

Kebiasaannya anak-anak akan lebih selesa bersama ibu mungkin kerana masa dihabiskan bersama lebih banyak berbanding dengan bapa. Tugas bapa yang majoritinya keluar mencari rezeki sehingga tiada masa diperuntukkan bersama anak, menyebabkan hubungan itu tidak semesra mana.

Justeru itu, wahai bapa di luar sana jika anda menginginkan hubungan anak dan ayah tidak berasa janggal apa kata anda lakukan 5 perkara ini sebagaimana dikongsikan oleh Doktor Taufiq Razif. Jom lakukannya supaya anda tidak akan berasa menyesal di kemudian hari kerana anda pilih untuk bertindak!

Baca juga: 10 Makanan Ini Untuk Anak Ada Asma, Akan Nampak Perubahan Nanti!

HUBUNGAN AYAH ANAK AKAN JADI LEBIH BAIK & MESRA

Gambar hiasan: CafeMom.com

5 PERKARA AYAH HARUS BUAT BERSAMA ANAK-ANAK:

Ayah kena buat 5 perkara ni pada anak supaya tidak menyesal di kemudian hari.

1. INVOLVEMENT

Ayah kena libatkan diri menjaga anak walau sesibuk mana pun mencari nafkah. Tak susah libatkan diri menjaga anak ni.

Boleh mulai dengan aktiviti :

  • Tidurkan anak.
  • Buatkan susu anak.
  • Cebok anak.
  • Pakaikan pampers anak.
  • Bermain dengan anak.
  • Hantar anak ke sekolah.
  • Cakna pendidikan anak.
  • Belajar ilmu mendidik anak.

2. DEMONSTRATIVE

Gambar hiasan: EvergreenMaids.

Ayah juga kena belajar untuk ‘set example’ terbaik pada anak dengan menunjukkan cara yang betul pada anak.

Caranya mudah sahaja, sesekali cuba buat perkara ini:

  • Cuci pinggan di depan anak.
  • Cuci dapur di depan anak.
  • Kemas rumah di depan anak.
  • Bantu pasangan di depan anak.
  • Hormati pasangan di depan anak.
  • Bercakap lemah lembut pada pasangan di depan anak anak.

3. VISIONARY

Anak jadi hilang arah tuju bila ayah tak jadi Visionary. Itulah kenapa sesekali si ayah kena buat perkara ini:

  • Cerita tentang masa depan.
  • Cerita tentang tujuan hidup.
  • Cerita tentang erti kejayaan.
  • Cerita tentang erti kebahagiaan.
  • Cerita tentang hari akhirat.
  • Cerita tentang strategi untuk berjaya di dunia dan selamat di akhirat.

4. COACHING & MENTORING

Gambar hiasan: HuffPost.

Ayah bukan semata mata idola bagi seorang anak tetapi ayah juga berfungsi sebagai Coach & Mentor bagi anak.

Itulah kenapa seorang ayah kena:

  • Coaching ilmu agama anak anak.
  • Coaching kawalan emosi anak.
  • Coaching mindset kejayaan anak.
  • Mentoring akademik anak anak.
  • Mentoring soft skills anak anak

5. EMPHATIC

Setegas mana pun seorang ayah dalam mendidik, anak anak tetap perlukan seorang ayah yang Emphatic iaitu seorang ayah yang:

  • Pandai mendengar luahan hati anak.
  • Tak gelojoh menghukum anak.
  • Pandai baca ekspresi wajah anak.
  • Cuba memahami isi hati anak.
  • Pandai menghiburkan hati seorang anak

The quality of a father can be seen in the goals, dreams and aspiration he sets not only for himself but for his family.

Sumber: Facebook Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×