Asuh

Pakar Kongsi 5 Jenis Bahan Induksi Menarik Untuk Guru Kelas Pendidikan Khas Guna

22
SHARES

Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan satu anugerah istimewa buat guru yang mengajar mereka. Selain memastikan mereka mendapat input yang betul, emosi anak-anak ini juga perlu dijaga supaya proses pembelajaran jadi lebih mudah dikemudiannya.

Buat Guru Pendidikan Khas sebelum memulakan kelas untuk mengajar anak murid, anda boleh cuba menggunakan 5 jenis bahan ini sewaktu sesi induksi. Ilmu ini dikongsikan oleh seorang Occupational Therapist iaitu Puan Mahfuzah Zainol. Barulah anak murid berasa gembira dan teruja untuk hadir ke sekolah setiap hari.

Baca juga: Ibu Kongsi Mengapa Tak Boleh Nasihat Anak Yang Sedang Mengamuk

PAKAR KONGSI 5 JENIS BAHAN INDUKSI MENARIK

5 jenis bahan yang boleh Guru Pendidikan Khas gunakan untuk set Induksi kelas PPKI.

Set induksi itu adalah istilah yang popular kalau jadi cikgu. Dia macam benda apa nak buat masa mula-mula masuk kelas sebelum kita ajar murid.

Macam set introduction begitu. Kalau set induksi ni, penting untuk semua yang bergelar guru. Kita tak nak murid kita terkejut kita masuk, terus suruh buka buku. Mahu tantrum budak-budak, tak pun lari keluar kelas.

Kalau jadi ahli terapi, kita biasanya akan tarik perhatian kanak-kanak itu dulu. Haaa…macam itu lah, supaya sesi terapi kita efektif dan kanak-kanak seronok dengan kita. Dapatkan eye-contact dan attention mereka untuk sesi terapi kita.

Sama macam cikgu, kita perlu bagi set introduction yang menarik dan build the trust dengan murid berkeperluan khas kita. Saya share sedikit bahan-bahan yang cikgu boleh gunakan untuk MBK.

Bahan-bahan ini across the subject. Tidak kisah cikgu ajar mata pelajaran apa pun boleh guna, sebab MBK kita bukan murid aliran perdana yang mempunyai daya tumpuan yang lebih tinggi.

1.VISUAL

Contohnya video-video sesuai yang menarik perhatian, gambar unik, gunakan warna yang eye-catching tetapi bukanlah striking.

Nak bawa benda maujud, silakan. Benda muajud tu benda real, yang boleh nampak jelas.

2. AUDITORI

Contohnya perdengarkan muzik yang sesuai dan menarik perhatian, gunakan bunyi alarm yang menarik, benda atau mainan berbunyi yang sesuai dengan tema pelajaran.

3. TACTILE

Contoh seperti bahan-bahan yang boleh disentuh, cari alatan yang boleh dipegang oleh murid sebelum memulakan pelajaran pada hari tersebut, pastikan sesuai dengan tema.

Kalau nak ajar mengenal huruf, boleh bawa blok huruf untuk mereka pegang-pegang dulu. Pastikan sanitasi ya, kita masih perlu amalkan SOP di era pandemik ini. Untuk mencegah. Kes pun dah main naik pula kan.

4. VESTIBULAR

Contohnya aktiviti yang ada gerakan berulang ke macam buaian, macam duduk atas bola gym dan lain-lain yang sesuai dengan tema pelajaran. Vestibular ni selalunya ada kaitan dengan proprioseptif, dia macam sekali begitu.

5. PROPRIOSEPTIF

Alatan mainan yang kena pegang dan tolak, dan picit dan menggunakan otot badan untuk bermain. Boleh fikirkan yang sesuai untuk dibawa sebagai ‘pemanas’ sebelum cikgu memulakan pelajaran.

Semua alatan mainan yang ada unsur sensori ni sebenarnya tidak susah nak cari. Cari sahaja di Shopee. Atau pun ada sesiapa kenalan saya yang jual peralatan mainan sensori, boleh tinggalkan link pembelian atau link kedai ya.

Mana tau ada cikgu berminat nak beli untuk guna dalam pengajaran mereka. Tak pun program PPKI ke nak beli secara pukal. Sila-sila! Saya share saja ni untuk keseronokan saya menulis di FB.

NASIHAT MESRA BUAT GURU PPKI

Apa-apapun, cikgu pendidikan khas sebenarnya lebih arif tentang keperluan murid mereka. Oleh itu, jadilah guru pendidikan khas yang boleh memberikan saat dan momen indah dalam hati dan minda murid berkeperluan khas sampai mereka dewasa nanti.

Tak boleh tekankan sangat kepada belajar akademik, tapi mereka seronok datang ke sekolah pun dah jadi pahala buat cikgu-cikgu semua. Seronoknya…mudahnya menjemput rezeki bagi cikgu-cikgu ya.

Ini applicable kepada cikgu pendidikan khas la..kalau cikgu aliran perdana mungkin situasinya berbeza.

Sebenarnya, 5 jenis bahan ni cikgu-cikgu semua dah tahu dan sudah amalkan. Saya hanya emphasize sahaja dalam posting ni.

Kadang-kadang benda yang kita dah tahu, kita tak buat, pastu lupa. Saja la peringat balik. Benda mudah, bukan hat payah.

Kalau nak cari idea lain dalam pengajaran, bolehlah tengok-tengok buku rujukan mana-mana. Boleh hidupkan kembali jiwa dan semangat bara menjadi guru pendidikan khas.

Saya pun macam tu la, kena selalu orang ingatkan, kalau tidak, memang lupa.

Selamat mencuba. Tata!

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×