Asuh

Ibu Kongsi Mengapa Tak Boleh Nasihat Anak Yang Sedang Mengamuk

19
SHARES

Kadang sebab hal remeh saja seperti mainan roboh, boleh buat anak tiba-tiba mengamuk. Kita sebagai ibu bapa yang mendengarnya, boleh buat panas hati. Mulalah waktu itu nak tegurkan si anak, marah si anak, ada juga sampai naik tangan sebab tak boleh kawal perasaan.

Namun, si kecil yang sedang mengamuk sebolehnya janganlah waktu itu kita nak bagi nasihat atau marahkan dia. Ada sebabnya mengapa tak boleh nasihat anak yang tengah mengamuk. Berikut merupakan alasannya.

Baca juga: Ibu Kongsi Rutin Aktiviti Bantu Perkembangan Minda & Kekuatan Bayi

IBU KONGSI MENGAPA TAK BOLEH NASIHAT ANAK YANG SEDANG MENGAMUK

Rupanya, TAK BOLEH Nasihat Anak Yang Tengah Mengamuk! Sebab, bila kita nasihatkan anak yang tengah dikuasai emosi (marah/ sedih/ kecewa), kita sebenarnya buat kerja sia-sia.

Bagilah motivasi bagus macam mana pun. Bawaklah pakar motivator paling berpengaruh pun depan hidung anak. Cakaplah elok macam mana sekalipun. Nasihat tu akan jadi sia-sia.

Sebab apa?

Sebab OTAK RASIONAL anak SHUT DOWN masa mereka tengah mengamuk. Anak tengah dikawal oleh emosi. Tengah tak sedar diri. Yang bekerja waktu tu hanya OTAK EMOSI.

Walaupun benda yang diamukkan tu, sekecil-kecil hal. Hanya sebab lego dia buat tadi tercabut satu. Atau kartun yang dia tengah tengok tiba-tiba habis.

It’s normal parents! So jangan rasa down.

Lebih-lebih lagi untuk anak 1.5-3 tahun. Fasa ni, otak emosi mereka lagilah berkembang pesat. Dalam masa yang sama, otak rasional belum terbentuk lagi.

Nak belajar pujuk anak, kena kenali 3 fungsi bahagian otak manusia. (rujuk nota ms 1)

3 FUNGSI BAHAGIAN OTAK MANUSIA

1) Otak primitif : bahagian yang kawal refleks

2) Otak emosi : bahagian bekerja kuat waktu anak tengah emo

3) Otak rasional : bahagian untuk berfikir secara logik dan mampu terima nasihat.

Jadi, apa yang kita boleh buat adalah, bantu anak ON otak rasional dia. (Kalau dalam gambar, otak yang warna hijau tu). Bagaimana nak bantu anak connectkan otak rasional waktu otak emosi sedang bekerja kuat? Boleh cek nota saya, tips di bawah.

JANGAN!

1. PERKECILKAN PERASAAN ANAK

“Benda kecik macam ni pun mak mengamuk!”
Small things for us. But, big issues to them. Ia melukakan anak, malah tak buat dia berhenti nangis pun.

2. SOGOK ANAK GAJET

Anak yang disogok gajet untuk elak mengamuk, menghadapi risiko perkembangan emosi yang tidak matang. Takut-takut, sepatutnya umur 5 tahun anak dah boleh kawal emosi.  Tapi bila biasa disogok gajet, 5 tahun masih mengamuk macam budak 2 tahun.

3. JANGAN MARAH ATAU PUKUL ANAK YANG TENGAH EMOSI

Ia akan memberi kesan yang lebih teruk di kemudian hari. Kenapa?

Bila kita lagi marahkan anak yang tengah emosi, atau pukul mereka, OTAK PRIMITIF (Biru) tu yang akan take over. Otak tu akan bertindak memberi respon Fight-Flight-Freeze.

  • Fight : melawan / membesar jadi baran
  • Flight : Melarikan diri / membesar jadi suka menipu
  • Freeze : Kaku / membesar jadi pendiam

Malah, bila kita marah anak tu, akan kita ibarat suruh ketam berjalan lurus. Suruh anak kawal emosi, kita sendiri yang gagal kawal emosi sendiri. Apelah…

Pastikan emosi kita pun tenang bila nak tenangkan anak. Kalau tak tenang, isolate dulu diri. Tanyakan diri, ‘Aku nak anak aku belajar kawal emosi, atau jadi dewasa pemarah jugak?’

TIPS TENANGKAN ANAK

1. WAKTU ANAK SEDANG ‘RIBUT EMOSI’

2. WAKTU ANAK SEDANG ‘RIBUT MEREDA’

3. WAKTU ANAK SUDAH MULAI RASIONAL

Semoga kita mampu jadi ibu ayah yang MENDIDIK tanpa perlu memekik.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×