Asuh

Ibu Kongsi Rutin Aktiviti Bantu Perkembangan Minda & Kekuatan Bayi

29
SHARES

Bukan sahaja anak yang berumur 2-4 tahun saja perlu membuat aktiviti ransangan. Malah bayi semuda jagung itu, sangat digalakkan untuk membuat aktiviti bersama mereka. Ia dapat membantu untuk meningkatkan tumpuan bayi, sifat ingin tahu dan kekuatan fizikal.

Oleh itu, mari menyusuri rutin dan aktiviti yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira dalam membantu meransang minda bayi. Beliau merupakan seorang penulis yang gemar berkongsikan tips mengenai keibubapaan.

Baca juga: Rupa-Rupanya Ini Punca Perangai Anak Asyik Terjerit-Jerit, Sakit Kepala!

IBU KONGSI RUTIN AKTIVITI BANTU PERKEMBANGAN MINDA & KEKUATAN BAYI

Dulu saya ingat bila anak baru lahir ini, tiada aktiviti sangat nak dibuat. Hanya kita layan dia menyusu, mandikan, basuhkan beraknya, bercakap dengan dia.

Rupanya, banyak aktiviti yang kita boleh buat tau lepas saya banyak cari maklumat dan beli modul Baby Step untuk anak saya ini. Rutin saya setiap pagi dengan anak ketiga yang baru lahir ini berubah! Berbanding abang-abangnya dahulu.

AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK SI BAYI BERSAMA IBU

1. MULAKAN DENGAN MANDI PAGI.

Air pun boleh adjust tahap kesuaman nak bagi rasa pada sensori sentuhan anak. Tapi masih tak berikan air sejuk sangat ketika mandi.

Sambil mandikan boleh bercakap, cerita kita tengah buat apa, ” Ummi bersihkan tangan adik, kaki adik “. Cerita sajalah semuanya.

2. URUTAN.

Selepas mandi, saya pakaikan pampers dan mula buat urutan pada anak. Urut pada kaki, tapak kaki, tangan, perut dan bahagian belakang badan. Boleh cari video urutan di YouTube.

Banyak manfaatnya! Dapat boost brain aktiviti anak, dapat berikan keselesaan pada anak, dapat elakkan sembelit juga.

Tahu tak? Bayi yang mendapat sentuhan rutin menunjukkan 50% lebih banyak membuat hubungan mata dan 3 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mempunyai ekspresi positif keseluruhan berbanding bayi yang tidak mendapatnya.

Sentuhanlah bahasa kita, bersama anak baru lahir ni. Sambil kita urut, berikan kata-kata baik, doakan yang baik. Minyak untuk urut pula saya guna minyak urut baby Syamelati.

Recommended! Baby selesa, boleh sapu juga pada tapak tangan dan kaki untuk buat urutan. Orang dewasa pun boleh guna. Saya guna minyak ni untuk lenguh-lenguh ketika mengandung.

3. TUMMY TIME & BEBERAPA GERAKAN RINGAN.

Yang ini, saya start dari Sofiyyah dalam usia 2 minggu. Mulakan dengan letakkan atas dada, atas permukaan yang selamat untuk bayi seperti baby mat atau bantal menyusu.

Mulakan dengan jangka masa pendek, perlahan lamakan bila anak dah selesa.

Gerakan ringan yang lain yang saya lakukan, seperti gerakan Pull To Sit, Rolling Side To Side, Hand to Feet.

Gerakan untuk bantu kekuatan otot bayi untuk mengiring, meniarap, kuatkan leher. Ini semua saya belajar dari modul Baby Step Go Cilik. Khas untuk 18 bulan ke bawah.

4. BACAKAN FLASH CARD ATAU BUKU YANG HIGH CONTRAST.

Umur 0-3 bulan, black and white vision stage. Umur ini elok guna buku high contrast (buku hitam putih) sebab mata bayi belum develop elok lagi, mata diaorang boleh detect high contrast je. Boleh guna flash card atau buku.

High contrast image ini akan bantu ransang penglihatan dan perkembangan otak anak. Saya ada huraikan lebih panjang di sini sekali dengan cadangan di mana nak dapatkan sesuai dengan umur bayi.

5. AKTIVITI TENGOK CERMIN.

Aktiviti ini biasanya untuk kenalkan body awareness. Ni abang-abangnya suka juga, tengok cermin sama-sama dengan adik. Lebih sesuai untuk anak 9 bulan ke atas.

6. KENALKAN PELBAGAI BUNYIAN, TEKSTUR & NYANYIKAN UNTUK BAYI.

Mainan rattle atau bunyi lain. Bunyikan dan gerakkan objek untuk latih pergerakan mata anak. Objek yang tak berbunyi pun boleh.

7. BAGI ANAK RASA PELBAGAI TEKSTUR PADA TANGAN, KAKI & BADAN.

Bila lepas mandi, pakaikan pampers, ambil masa sikit sebelum pakaikan baju. Letak dia atas pelbagai tekstur permukaan yang yang berbeza (tekstur baldu sejadah, tekstur licin cadar sebagai contoh). Pastikan selamat.

Letak pelbagai tekstur pada kaki dan tangan, bagi dia pegang. Sebagai contoh, saya sikat perlahan kaki anak untuk bagi dia rasa geli-geli macam tu. Tak lama pun.

Kalau ke taman, boleh ambil masa sekejap letak kaki di atas rumput bersih dan selamat. Itulah antara aktiviti yang saya buat dengan bayi 2 bulan saya.

MANFAATNYA BAYI MULA MEMBERIKAN RESPON YANG BAIK

Suka lihat perkembangan dia, dah ada respon (senyuman) yang baik bila kita borak, leher dah makin kuat, bila dukung, tak perlu support kepala selalu. Alhamdulillah, dengan izin Allah.

Dengan modul Baby Step tu, dapat teroka banyak aktiviti baru dengan Sofiyyah. Enjoy pula rasanya. Nampak pula dia berkembang dengan baik ikut milestone.

Betullah, dengan maklumat dan ilmu yang betul, banyak sangat buat parenting journey lebih mudah dan teratur serta dapat bantu perkembangan anak-anak.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×