Asuh

Latih Anak Genius Matematik Hanya Dengan 13 Idea Aktiviti Guna Linking Cubes, Menarik!

43
SHARES

Kanak-kanak dan permainan memang tidak boleh dipisahkan. Bak umpama pasangan bercinta lah, susah betul nak berenggang.

Bila nak mendidik anak-anak ni, ibu bapa yang mempunyai pemikiran kreatif adalah bonus! Nak pula bila sambil belajar tu dapat juga bermain. Barulah tertarik minat anak untuk belajar.

Baca juga: 5 Tanda Perangai Anak Perlukan Bantuan Segera, Ibu Bapa Perlu Waspada!

LATIH ANAK GENIUS MATEMATIK HANYA DENGAN 13 IDEA AKTIVITI GUNA LINKING CUBES, MENARIK!

Siapa sangka dengan menggunakan mainan cantuman blok saja, ibu bapa boleh mendidik anak-anak tentang asas Matematik. Pelbagai idea menggunakan mainan ini, telah dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli untuk membantu anaknya mahir dalam asas ilmu hisab.

Kompilasi Aktiviti Hands On Belajar Matematik Guna Linking Cubes

Jika kita berikan anak-anak mainan Linking Cubes ni confirm tersengih kegembiraan lah mereka. Manakan tidak, mainan cubes yang berwarna-warni, boleh pula dicantum-cantum sememangnya merupakan open ended toys pelbagai fungsi untuk anak-anak terokai.

Ramai sahabat yang ceritakan keseronokkan anak-anak mereka bermain sambil belajar menggunakan linking cubes. Jadi hari ni Anis nak share pengunaan bahan bantu belajar ini dalam subjek Matematik.

BELAJAR KONSEP MATEMATIK DENGAN LINKING CUBES

Ini kerana dengan menggunakan linking cubes ni sebagai bahan bantu, anak juga dapat belajar konsep matematik seperti

  • Pra Nombor : Pengelasan, perbandingan, seriasi, padanan satu dengan satu, pola
  • Nombor : membilang, konsep nombor, operasi nombor
  • Pengukuran : sentimeter – panjang

… dan banyak lagi.

Jadi dekat sini Anis kongsikan beberapa contoh aktiviti yang Lais dan Qais lakukan. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada ibu yang mencari idea.

13 IDEA MENGAJAR MATEMATIK MENGGUNAKAN LINKING CUBES

1. MEMBILANG SECARA TERTIB MENAIK & MENURUN

Susun-menyusun ibarat tangga saja, tidak susah pun. Lebih baik guna warna yang berbeza setiap turutan nombor, selain mengira nombor anak juga boleh kenal warna. Dua dalam satu begitu.

2. MEMADANKAN KUMPULAN OBJEK

Ini pula, memerlukan bentuk nombor dipadankan dengan objek blok mengikut bilangan nombor. Jika, pada tangan tu bentuk nombor 5 makanya blok pun ada lima.

3. OPERASI TAMBAH DUA DIGIT

Asas kiraan tambah yang mudah. Ikut suka ibu ibu nak tambah bentuk nombor berapa. Kemudian, minta atau ajar anak letakkan blok berdasarkan nombor tadi. Jangan lupa kira sampai habis dapatkan jumlah keseluruhan tau, barulah betul selesaikan masalah. Hahaha

4. MENGIRA PANJANG MAINAN MENGGUNAKAN CUBES

Mudah saja cara ini. Minta anak susun blok mengikut kepanjangan sesuatu objek tu, kemudian kira sama-sama.

5. MEMBINA PIKTOGRAF

Piktograf atau lebih difahami sebagai carta gambar. Misalnya, boleh gunakan warna blok yang sama bentuk dan saiz bagi mewakili kekerapan sesuatu perkara.

Katakan, satu blok putih bersamaan 5 ekor ikan. Anak berjaya jual 2 blok putih, manakala ibu berjaya jual 3 blok putih. Berapakah jumlah ikan yang berjaya dijual oleh mereka?

*1 blok putih = 5 ekor ikan

5 blok putih terjual X 5 ekor ikan = 25 ekor ikan terjual

6. MEMBANDINGKAN KUANTITI

Walaupun susunan atau warna blok berbeza tetapi pastikan jumlah kuantiti tetap sama apabila membuat perbandingan.

7. MEMBILANG MENGIKUT KUANTITI

Minta sahaja anak mengira kuantiti blok yang ada mengikut warna. Malah, boleh juga mengira kuantiti blok tanpa mengikut warna.

8. MENGUKUR PANJANG OBJEK MENGGUNAKAN PEMBARIS

Jadi lebih jelas apabila mengajar anak tentang panjang objek selain mengetahui unit dalam konsep pengukuran.

9. MEMBINA CORAK POLA

Corak pola atau pattern. Anda cipta pola blok yang diinginkan untuk anak bina sendiri berdasarkan pola yang telah dibina sebagai rujukan.

10. MENGASING CUBES MENGIKUT WARNA

Sambil mengasingkan blok ikut warna, boleh juga kira jumlah kuantiti yang ada pada setiap warna blok.

11. MENGENAL PASTI KUANTITI & MEMBANDING BEZA

12. MEMBILANG NOMBOR DENGAN GANDAAN DUA

Sifir mudah pun boleh diajar pada anak-anak dengan menggunakan blok sahaja.

13. MEMBILANG NOMBOR DENGAN GANDAAN TIGA

Semoga bermanfaat InsyaAllah.

Jadi, bagaimana selepas melihat idea-idea di atas? Semoga ilmu ini, dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk mengajar anak tentang asas Matematik yang mudah. Bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran mengira si kecil, malah meningkatkan daya kreatif dan kemahiran berfikir mereka juga.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×