Asuh

“Otak Paling Laju Berkembang 3 Tahun Pertama” – Sebab Itulah Bahaya Main Telefon Depan Anak!

116
SHARES

Bahaya ke main telefon depan anak kecil? Akan terkesan pada tumbesaran anak ke? Bagaimana nak merangsang deria anak?

Kalau nak tahu, mari ikuti perkongsian oleh Puan Wawa Shauqi berkenaan kesan main telefon di depan anak dan rangsangan tumbesaran anak.

Baca juga: 7 Makanan Tinggi Zat Besi, Jangan Beri Anak Teh & Kopi Kalau Tak Nak Zat Besi ‘Hilang’!

“OTAK PALING LAJU BERKEMBANG 3 TAHUN PERTAMA” – SEBAB ITULAH BAHAYA MAIN TELEFON DEPAN ANAK!

Kenapa main telefon depan anak kecil sangat bahaya?

Bahaya tu, mungkin tak nampak di luaran. Anak tak berdarah, tak patah tulang atau cedera. Tapi, kesan yang kita tak nampak di mata kasar ni boleh memberi impak dalam tempoh anak mendewasa.

Ianya berlaku dari dalam. Di dalam otak anak-anak kita. (It occurs from inside. In our kids’ brain.)

Jadi, macam mana main fon depan anak, beri kesan buruk pada perkembangan otak?

Ramai orang anggap, anak yang bijak pandai ni petanda otak berkembang dengan sihat. Tapi sebenarnya, bijak pandai ni adalah 1 cabang perkembangan sahaja.

Otak yang berkembang baik juga bila anak ada komunikasi yang baik. Bila anak ada kawalan emosi yang baik. Boleh urus diri dengan baik. Boleh berempati dengan orang. Boleh adapt diri dengan pelbagai keadaan.

MARI BELAJAR TENTANG OTAK…

1. OTAK PALING LAJU BERKEMBANG PADA 3 TAHUN PERTAMA HIDUP

Otak paling laju berkembang pada 3 tahun pertama mereka hidup. 80% jisim otak terbentuk masa umur tu.

Waktu pesat inilah sepatutnya kita manfaatkan untuk beri anak stimulasi secukupnya. Kalau kita tak manfaatkan, satu demi satu potensi anak berisiko hilang.

Macam seorang terapis pernah bagitau, “Anak normal pun boleh jadi tak normal kalau kita tak stimulate dia.” Stimulate yang bagaimana?

2. MERANGSANG DERIA ANAK

3 tahun pertama, anak akan belajar memahami kehidupannya melalui deria. Mereka akan rajin explore deria mereka dengan pelbagai cara.

  • Explore suara dan pendengaran dengan buat bunyi macam-macam kat mulut.
  • Explore tekstur makanan dan kasar muka ayah.
  • Explore kebolehan tangan dengan kutip taik cicak kat lantai. Atau baling henfon mak dia.
  • Snatch apa yang dilihat, termasuk muka abang dia yang tengah seronok mengagah.

Imagine…Tanpa connection dan bonding dari parents, stimulasi deria hampir mustahil berlaku.

3. RANGSANGAN ANAK MELALUI IKATAN IBU BAPA

Anak juga akan dapat ransangan bahasa, belajar kenal emosi, faham dunia sosial dan belajar berkomunikasi melalui kita. Sebab tu pentingnya ‘connection’ dan ‘bonding’.

Tau tak apa rahsia mata kita ni?

Mata kita ni punyalah berkuasa, ia boleh buat manusia lain rasa Seen, Secure & Safe. Sebab tu Allah ciptakan fitrah kita ni perlu memandang mata. Especially mata mak ayah kita.

  • Dari mata, timbulnya ihsan.
  • Wujudnya komunikasi.
  • Munculnya kasih.
  • Dan Sense of trust.

Proses rangsangan akan terhenti tiap kali kita pegang dan hadap telefon. Proses ransangan deria anak mustahil berlaku kalau kita ikat visual mereka pada skrin telefon.

Perkembangan komunikasi, sosial dan emosi juga tak wujud bila mereka tak berjaya raih mata kita untuk memandang mereka.

So, back to our basic needs (Jadi kembali kepada perkara asa).

Communicate, play and talk with our kids (Berkomunikasi, bermain dan bercakaplah dengan anak).

We cannot sub our parenting to others (Kita tak boleh serahkan tugasan keibubapaan kepada orang lain).

Sibuk macam mana pun, carilah kita masa untuk duduk depan mereka, pandang mata, ajak bercerita dan lakukan aktiviti bersama.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×