Umum mengetahui, kini merupakan musim peperiksaan bagi pelajar tingkatan 5 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi memastikan ingatan anak-anak kekal cerdas, ibu ayah boleh amalkan 5 jenis makanan untuk minda seperti perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di bawah.
Baca juga: Panduan Gred Markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Rupanya Markah 80% Dalam Gred B
MAKANAN UNTUK MINDA ANAK, INGATAN LEBIH KUAT
Lima makanan di bawah ini sesuai diambil sebelum atau selepas musim peperiksaan tidak kira usia.
1. Dark chocolate (coklat gelap)
Kalau nak beli coklat ini, kena pilih yang 70%. Kandungan dalam dark chocolate anti oksidan lebih tinggi dan flavonols di dalamnya akan bantu tumbuhkan sel otak atau pusat memori.
Memori yang bagus dapat membantu kemampuan beri jawapan lebih baik. Buat anda yang tidak tahu, untuk mood yang lebih positif, dark chocolate juga keluarkan dopamine, iaitu hormon bahagia.
2. Omega 3
Omega 3 dari sumber ikan dengan kandungan DHA dan EPA tinggi sangat penting. Lebih-lebih lagi untuk otak. Cari yang minimum EPA 600mg ke atas dan DHA 250mg ke atas.
3. Buah/sayur warna gelap kulit atau daunnya
Contohnya macam plum. Warnanya ungu pekat. Begitu juga sayur brokoli, hijaunya lebih pekat. Cara masak terserah dan ikut selera masing-masing.
4. Kompleks karbohidrat
Makanan tinggi karbohidrat kompleks sangat baik untuk otak. Terutama dalam bantu proses berfikir. Nak kreatif dan hasilkan idea perlukan kompleks karbo jenis ini.
Makan kacang kuda atau kekacang, lebih baik makan makanan begini dari makan nasi. Ambil capati dari tepung Atta lebih baik dari roti canai yang dibuat dari tepung putih.
5. Protein
Protein paling murah dan senang adalah telur. Telur pun ada L Tyrosine yang bantu otak bahagian prefrontal cortex untuk fokus.
Telur juga ada choline. Choline akan tukar kepada acetylcholine adalah neurotransmitter penting untuk belajar dan memori. Dua perkara penting untuk pelajar.
Inilah 5 makanan untuk minda yang boleh untuk tingkatkan ingatan anak anda.
Selamat berjaya!
Baca juga: Cikgu Kecewa Anak Murid Biarkan Kertas Jawapan Kosong & Bagi Jawapan Tak Masuk Akal
Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar