Ujian akhir sesi akademik (UASA) adalah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Gred markah UASA dibahagikan kepada beberapa gred dan penulis akan huraikan di bawah ini.
Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik.
Baca juga: Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka Bermula 1 Disember (Ahad) Ini
GRED MARKAH UASA (UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK)
Pelajar yang terlibat dalam UASA adalah seperti di bawah:
Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Senarai mata pelajaran untuk sekolah rendah tahap dua adalah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
Bagi sekolah menengah tahap satu, terdapat 20 mata pelajaran iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Pendidikan Islam/Moral
- Sejarah
- Sains
- Geografi
- Asas Sains Komputer
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Bahasa Arab
- Maharat al-Quran
- Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
- Al-Syariah
- Usul Al-Din
- Bahasa Cina
- Bahasa Tambil
- Bahasa Punjabi
- Bahasa Kadazandusun
- Bahasa Iban
- Bahasa Semai
Gred markah Ujian Akhir Sesi Akademik anda kena faham
Pelaporan prestasi murid bagi PBD berterusan dan pencapaian ujian dijana dalam satu pelaporan.
Berikut adalah gred markah UASA:
82% – 100% = Gred A = Cemerlang
66% – 81% = Gred B = Kepujian
50% – 65% = Gred C = Baik
35% – 49% = Gred D = Memuaskan
20% – 34% = Gred E = Mencapai tahap minimum
0% – 19% = Gred F = Belum mencapai tahap minimum
Baca juga: Cara Kemaskini STR Fasa 1 Tahun 2025, Kena Buat Sebelum 30 November ini!