Seperti mana anda tahu, permohonan STR 2025 untuk fasa 1 telah pun dibuka sehingga 30 November ini. Namun, anda perlu mengikut cara kemaskini STR seperti perkongsian di bawah sekiranya tidak dilakukan selama 3 tahun berturut-turut.
Kegagalan untuk mengemas kini maklumat anda, boleh mengakibatkan permohonan STR fasa 1 tahun 2025 ditolak. Jadi, ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Permohanan Untuk Bayaran Fasa 1 STR 2025 Dibuka Sehingga 30 November Ini
CARA KEMASKINI STR FASA 1 2025, BUAT SEKARANG
Cara kemaskini STR fasa 1 bagi tahun 2025 adalah seperti langkah di bawah ini:
1. Buka laman web rasmi STR di portal MySTR untuk log masuk akaun.
2. Gunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk log masuk.
3. Jika anda belum mendaftar akaun, klik pada pilihan Daftar Akaun Baharu dan ikut arahan yang disediakan.
4. Selepas log masuk, pilih bahagian untuk mengemas kini maklumat.
5. Pastikan maklumat seperti alamat, nombor telefon, dan status perkahwinan adalah terkini dan tepat.
6. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti penyata gaji, surat nikah atau sijil kelahiran anak, bergantung kepada keperluan.
7. Semak semula semua maklumat yang telah dikemaskini.
8. Klik Sahkan atau Hantar untuk menyelesaikan proses kemaskini.
9. Boleh cetak salinan permohonan / kemaskini untuk rekod simpanan.
Selepas menghantar kemas kini, tunggu pengesahan dari pihak STR. Anda akan dimaklumkan jika kemas kini berjaya atau jika ada sebarang masalah.
Pastikan anda kemaskini sebelum tarikh akhir 30 November untuk fasa 1 tahun 2025 supaya layak mendapat bantuan STR ini.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Mohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024/2025, Pastikan Ikut Syarat Ini
Sumber: Facebook Mysumber