Famili

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) & STR Mula Diagihkan Esok

62
SHARES
bantuan sumbangan asas rahmah

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula diagihkan esok.

Penyaluran SARA adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM13 billion seperti dijelaskan dalam Belanjawan 2025.

Baca juga: Lelaki Datang Klinik & Mengaku Ada Buasir, Rupanya Sakit Punggung Sebab Hubungan Luar Tabii

BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) & STR DIAGIHKAN ESOK

BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Kadar bantuan SARA  ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi tahun 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

“Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan,” kata kementerian itu.

Selain itu, MOF turut menyatakan, sebanyak 5.4 juta penerima STR akan turut menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.

Bilangan tersebut merangkumi masing-masing 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.

Bagi kategori isi rumah pula, kata MOF, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan. Golongan warga emas pula, mereka yang tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.

Baca juga: Petua Turunkan Kencing Manis & Darah Tinggi Guna 2 Bahan, Sakit Saraf Pun Boleh Lega Sekali!

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×