Media tempatan melaporkan ada menjumpai mayat wanita dan bayi di tepi jalan yang dipercayai baru dilahirkan di Taman Impiana, Kulai. Wanita tersebut difahamkan meninggal dunia kerana mengalami komplikasi ketika bersalin. Lebih menyedihkan, dia ditemui dalam keadaan yang sedang memeluk mayat bayi lelakinya.
Baca juga: Kena Paksa Bayi Dibedung, Kaunselor Laktasi Kongsi Banyak Manfaatnya…
MAYAT WANITA DAN BAYI DITEMUI DI TEPI JALAN
Memetik laporan Harian Metro, mayat tersebut disedari oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 8 pagi semalam. Menurut sumber, wanita itu dipercayai warga Indonesia dengan rambutnya yang diwarnakan selain memakai baju bercorak kotak-kotak.
Sementara, bayi itu pula ditemui masih bertali pusat. Difahamkan, siasatan lanjut turut melihat jika kejadian itu mempunyai unsur jenayah, namun tiada tanda darah atau kecederaan lain pada mayat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee mengesahkan penemuan dua mayat itu dan enggan mengulas lanjut kerana semua butiran lanjut akan dimaklumkan kelak.
Baca juga: Gara-Gara Lemas Dalam Kolam Dewasa, Anak Kini Dah 4 Bulan Koma & Pakai Alat Bantuan Pernafasan
Sumber: Harian Metro