Seorang ibu di laman TikTok meluahkan rasa sedih apabila keadaan anak lelakinya berubah 365 darjah. Hal ini kerana difahamkan kejadian anak lemas mandi kolam membuatkan kanak-kanak itu terlantar sakit.
Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, dapat dilihat keadaan kanak-kanak tersebut sungguh menyayat hati dan hanya terlantar di hospital.
Baca juga: Virus hMPV Lebih Mudah Serang Budak Bawah 12 Tahun, Jangan Pergi Tempat Sesak
ANAK LEMAS MANDI KOLAM, SEKARANG TERLANTAR SAKIT
Di ruangan komen, si ibu menjelaskan bahawa Che Umar Rais memerlukan bantuan tiub untuk bernafas dan makan selama 4 bulan berada di hospital. Anak kecil itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar akibat lemas di dalam kolam orang dewasa.
“Hari demi hari ibu menanti. InsyaAllah berkat kesabaran ibu, Allah turunkan keajaiban buat awak sayang. Awak anak yang sangat kuat,” luah si ibu.
Meninjau ke video lain, dapat dilihat kondisi anak lelakinya sebelum ini seorang yang sangat ceria dan sihat. Kejadian malang itu telah berlaku sekitar September tahun lepas.
Ibu turut meluahkan bahawa Che Rais seakan-akan masih boleh mendengar setiap tutur kata ibunya kerana si cilik ini akan menitiskan air mata.
“Bila ibu sembang mesti air mata mengalir, ibu tak akan tinggalkan adik. Kalau Umar sihat, orangnya pasti selalu murah dengan senyuman, ringan mulut selalu cakap terima kasih. Semoga Allah kembalikan Umar kepada ibu,” katanya.
Video perkongsian si ibu itu mendapat jutaan tontonan dan rata-rata turut bersimpati dengan keadaan si kecil itu. Pengguna media sosial mendoakan agar semua kembali seperti sedia kala selain ahli keluarga dikurniakan kekuatan untuk mengharungi ujian ini.
“Semoga adik secomel ini mendapat kesembuhan dan Allah angkat kesakitan dengan cepat,” komen pengguna TikTok.
Baca juga: Contoh Soalan Untuk Jawab Ujian Lesen Memandu, Confirm Tak Gagal & Tak Payah Ulang
Sumber: TikTok Adikcik94