Nur

Hukum Perempuan Mandi Kolam Di Tempat Awam & Bercampur Dengan Lelaki

4
SHARES
HUKUM PEREMPUAN MANDI KOLAM

Mandi kolam merupakan aktiviti kesukaan ramai baik lelaki mahupun wanita. Namun pernah tak anda terfikir mengenai hukum perempuan mandi kolam di tempat awam?

Hal ini kerana kolam tersebut sudah tentunya akan bercampur lelaki dan wanita. Jadi, ikuti penjelasan lanjut mengikut hukum syarak tentang perkara ini di bawah.

Baca juga: Jom Baca Doa Hujung Tahun Ini, Semoga Tahun 2024 Memberi Kehidupan Yang Lebih Baik

HUKUM PEREMPUAN MANDI KOLAM DI TEMPAT AWAM

HUKUM PEREMPUAN MANDI KOLAM

Islam telah menetapkan adab-adab ketik mandi di antaranya adalah setiap Muslim perlulah bersembunyi daripada penglihatan orang lain agar tidak kelihatan auratnya.

Selain itu, Islam juga turut menetapkan larangan daripada memasuki tempat permandian umum yang akan terlihat auratnya kecuali dengan memakai kain.

Begitu juga seseorang dilarang membiarkan isteri atau anak perempuannya untuk memasuki tempat permandian umum kecuali jika aman dari penglihatan dan pandangan orang lain.

Diriwayatkan daripada Jabir R.A, Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يَدْخُلِ الْحَمَّامَ إِلاَّ بِمِئْزَرٍ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُدْخِلْ حَلِيلَتَهُ الْحَمَّامَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah seorang lelaki memasuki bilik mandi umum kecuali dengan memakai kain. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia mengizinkan isterinya masuk ke tempat permandian umum.”

Rasulullah SAW menyuruh agar kita  lebih berhati-hati apabila mandi kolam di tempat awam terutamanya golongan wanita. Carilah tempat yang bersesuaian supaya pendedahan aurat tidak berlaku.

Ada baiknya jika mandi di kolam yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan untuk mengelakkan percampuran kedua-dua jantina tersebut.

Begitu juga kawasan kolam mandi wanita, ada baiknya jika ditutup dengan dinding tinggi dan seolah-olah kolam mandi dalam sebuah bangunan.

Pemilihan pakaian juga memainkan peranan penting dan pakailah pakaian yang mematuhi syariah Islam untuk mengelak dari sebarang bentuk fitnah.

Semoga bermanfaat buat wanita di luar sana.

Baca juga: Ustaz Ahmad Dusuki Kongsi 3 Amalan Penting Boleh Buat Sebelum Meninggal Dunia

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×