Nur

Jom Baca Doa Hujung Tahun Ini, Semoga Tahun 2024 Memberi Kehidupan Yang Lebih Baik

23
SHARES
doa hujung tahun

Sudah masuk bulan Disember dan ini bermakna kita sampai di penghujung tahun 2023. Jadi, ada doa hujung tahun yang boleh dibaca agar semuanya baik-baik sahaja pada tahun 2024.

Berikut penulis kongsikan doa hujung tahun secara penuh di bawah untuk pembaca Sirap Limau. Diharapkan dengan doa di bawah, boleh memberi sinar kepada anda semua.

Baca juga: Ustaz Ahmad Dusuki Kongsi 3 Amalan Penting Boleh Buat Sebelum Meninggal Dunia

DOA HUJUNG TAHUN UNTUK DIBACA, SEMOGA BAIK-BAIK SAHAJA

DOA HUJUNG TAHUN

Doanya adalah:

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ

“Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hazihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba‘da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da‘autani ilat taubati min ba‘di jara’ati ‘ala ma‘shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirli wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa‘attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha‘ raja’i minka ya karim.”

Maksudnya: “Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini yang termasuk Kau larang-sementara aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Kau maklumi kerana kemurahan-Mu.”

Waktu yang dicadangkan untuk membaca doa hujung tahun ini adalah pada malam tahun baharu sebelum matahari terbenam. Lebih baik jika dibaca sebanyak tiga kali.

Kelebihan membaca doa hujung tahun adalah, syaitan mengucapkan:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”

Dengan doa ini, semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Kita juga dianjurkan untuk mengisi tahun baru dengan aktiviti berfaedah seperti solat, istighfar, membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain ibadah.

Baca juga: Hukum Cash Out Kredit E-Madani Kepada Bentuk Tunai/Simpanan Bank, Jangan Ambil Ringan!

Sumber: Intisari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×