Nur

Senarai Doa Sesuai Dibaca Setiap Tahun Baru & Amalkan Sepanjang Tahun, Lebih Afdhal Jika Hafal!

37
SHARES
senarai doa

Biarpun baru seminggu memasuki tahun 2025, namun belum terlambat untuk anda memulakan tahun ini dengan mengamalkan senarai doa di bawah sejurus sahaja selesai solat.

Mari buka tahun anda dengan membaca doa-doa tersebut sebagai amalan agar peroleh keberkatan dan manfaat dari setiap perkara yang diminta, termasuklah memudahkan segala kesulitan. Lebih afdhal, jika anda dapat menghafalnya!

Baca juga: UAI Jelaskan Status Wanita Musafir Solat Jumaat & Perlu Ke Solat Zuhur Di Rumah?

SENARAI DOA BOLEH DIBACA SEMPENA TAHUN BARU

1. Doa awal tahun

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَكَرَمِ جُودِكَ الْمَعْهُودِ، وَقَدْ أَقْبَلَ عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ، نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالِاشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَىٰ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

“Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Kekal Abadi, yang Qadim lagi Awal, tiada permulaan, dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang sejati, telah tiba tahun yang baharu ini kepada kami. Maka kami memohon kepada-Mu pemeliharaan daripada syaitan dan tentera-tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi nafsu ammarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan kami memohon pertolongan untuk sentiasa melakukan apa-apa amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.”

2. Doa agar mudah melunaskan hutang

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.” Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih.

Baca juga: Walaupun Antara Dosa Besar, Tapi Sebenarnya Dalam Islam Ada 6 Jenis Mengumpat (Ghibah) Yang Dibenarkan!

Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!

3. Doa diteguhkan keazaman

senarai doa

Gambar:

4. Doa memohon keredhaan Allah SWT

senarai doa

Gambar:

5. Doa ditunjukkan kebenaran

doa tahun baru

Gambar:

Baca juga: Awas, Suka Samakan Tubuh Isteri Dengan Wanita Lain, Suami Boleh Jatuh ZIHAR & Kena Kafarah!

Sumber: ecentral/ Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×