Nur

Jom Tukar Cara Berdoa Guna 6 Teknik Ini, InsyaAllah Lebih Cepat Allah Makbulkan

61
SHARES
cara berdoa dengan betul

Berdoa merupakan senjata utama umat Islam terutama sekali setelah selesai menunaikan solat. Namun, ada juga dalam kalangan kita yang sering tertanya-tanya, mengapakah ada doa kita yang tidak dimakbulkan? Adakah cara berdoa dengan betul tidak dilakukan? Adakah perlu ada ayat-ayat tertentu untuk ‘menarik perhatian’ Sang Pencipta untuk memakbulkan doa kita?

Bukan begitu sebenarnya, tetapi menjadi adat untuk kita memohon sesuatu, perlulah dilakukan dengan menggunakan bahasa yang cantik dan sedap didengar. Kalau sebelum ini anda memohon doa dalam masa yang singkat, apa kata kali ini kita tukar sedikit cara berdoa itu supaya lagi mudah dimakbulkan. Aamiinn…

Baca juga: Baca Suraf Yusuf Amalan Popular Ketika Hamil, Rupanya Ada Kelebihan Selain Anak Cantik

CARA BERDOA DENGAN BETUL, TUKAR JADI MACAM INI..

cara berdoa dengan betul

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

1.FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, ” Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah:

” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku’.

2. FORMULA  2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya ALLAH berilah aku…”.

Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu:

” Ya ALLAH kurniakanlah aku…”

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

3.FORMULA 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “Semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini:

“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

4.FORMULA 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

“Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ” Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

5.FORMULA 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yang telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yang ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

‘ Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..’

6.FORMULA 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasyh akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh:

‘ Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..’

cara berdoa dengan betul

*Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Baca juga: Cara Khatam Al Quran Dalam Sebulan, Istiqamah Buat Pasti Dapat Hasilnya!

Sumber: Viral Muafakat Johor , Tanyalah ustaz via Hasmah Solan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×