40 Minggu

Baca Suraf Yusuf Amalan Popular Ketika Hamil, Rupanya Ada Kelebihan Selain Anak Cantik

13
SHARES
Surah Yusuf

Sudah semestinya semua umat Islam sudah terbiasa mendengar kisah ketampanan wajah Nabi Yusuf dan juga kelebihan membaca Surah Yusuf bukan? Menjadi amalan yang popular dalam kalangan ibu, Surah Yusuf untuk ibu mengandung khususnya dikatakan dapat memberi manfaat yang luas selain rupa paras yang cantik.

Berikut merupakan antara kelebihan untuk ibu hamil dan orang ramai amalkan membaca Surah Yusuf setiap hari.

Baca juga: Cara Sedekah Al Fatihah Untuk Diri Sendiri, Jadi ‘Makanan’ Sihat Untuk Roh..

SURAH YUSUF UNTUK IBU MENGANDUNG

surah yusuf

Seperti namanya, Surah Yusuf mengisahkan tentang kehidupan salah seorang Nabi Allah iaitu Nabi Yusuf as. Kisah ketampanan yang boleh membuatkan semua wanita pada zaman tersebut berlutut dan tergoda di hadapannya menjadi popular sehingga kini. Namun, Nabi Yusuf yang mempunyai sifat merendah diri dan iman yang kuat menolak dengan tegas segala tawaran wanita yang menyukainya.

Selain itu, kisah Nasi Yusuf yang dibuang ke dalam perigi akibat rasa cemburu oleh saudaranya juga menjadi kisah tauladan sehingga kini. Oleh kerana itulah, Surah Yusuf dinilai memiliki banyak kandungan berisi doa, diantaranya:

-Selalu berpegang teguh pada perintah Allah SWT

-Berusaha menguatkan dan melapangkan hati

-Tidak memiliki sifat pendendam

-Tidak tinggi hati atas kelebihan yang dimiliki

-Merahsiakan sesuatu agar terhindar dari fitnah

BILA PALING SESUAI BACA SURAH INI?

surah yusuf

Membaca Surah Yusof ketika hamil amat disarankan malah seluruh bacaan Al Quran kerana ingin membiasakan bayi dengan Si Pencipta. Bukan itu sahaja, alunan bacaan yang dibaca dengan baik boleh menjadi perangsang otak dan organ bayi.

Semasa menunaikan solat, ibu hamil juga digalakkan untuk baca Surah Yusuf ini supaya dapat mendoakan rahim yang baik dan kandungan membesar dengan sihat.

Dipercayai juga bahawa membaca Surah Yusuf adalah cara ibu hamil berusaha agar anak-anak mereka memiliki sikap dan kecantikan yang boleh dicontohi seperti Nabi Yusuf. Siapa yang tidak mahu anak yang comel-comel dan cantik bukan?

Bila waktu sesuai untuk baca surah ini? Sebagai kitab suci, Al-Quran boleh dan harus dibaca pada bila-bila masa sahaja yang anda suka. Anda juga boleh mula membaca Al-Quran sebaik sahaja mengetahui ada janin dalam rahim anda.

Apabila usia kandungan memasuki trimester kedua, organ pendengaran mula berfungsi. Pada ketika itu, mereka mula bertindak balas terhadap apa yang mereka dengar, seperti degupan jantung ibu, bunyi udara dalam perut, ibu bercakap dan bunyi luar. Jadi, pada trimester inilah ibu hamil amat digalakkan membaca Surah Yusuf dan Al-Quran sebanyak yang mungkin.

*Selamat beramal untuk semua ibu hamil!

Baca juga: Kelebihan Baca Surah Yassin Setiap Pagi, Keajaibannya Sangat Menakjubkan!

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×