Asuh

Cuba 5 Amalan Zikir Tidurkan Anak Ini, Setiap Malam Bayi Tidur Nyenyak Dan Tak Meragam

37
SHARES
zikir tidurkan anak

Menjadi viral dan perbualan orang ramai apabila ada seorang saudara dikenali sebagai Abang Nasyid @halim.ahmad menerusi akaun Tiktok, apabila beliau sering mengalunkan alunan zikir dan nyanyian nasyid merdu. Baru-baru ini beliau turut berkongsikan alunan zikir tidurkan anak pada waktu malam.

Jadi, buat mak ayah yang selalu pening kepala kebuntuan cara untuk menghentikan tangisan anak-anak pada waktu malam, mungkin ini merupakan cara penyelesaiannya. Bukan sahaja anak pun tenang dan terbiasa dengan zikir, malah mak ayah pun boleh kutip pahala yang banyak!

Baca juga: Dari Usia Baru Lahir Terus Latih Anak Tidur Sendiri, Ikut 5 Teknik Pakar Ini, Memang Menjadi!

ZIKIR TIDURKAN ANAK PADA WAKTU MALAM, TENANG DAN NYENYAK!

@halim.ahmad

Replying to @nhudanoor pernah dengar tak zikir tidurkan anak ni? Hehe si kurus ni punya suara la 😆 #halimahmad #abangnasyid #tanyaabangnasyid

♬ original sound – Abang Nasyid – Abang Nasyid

Alunan zikir tersebut dipuji ramai kerana sangat merdu dan bukan hanya sesuai untuk anak kecil tidur sahaja, malah orang dewasa pun bagus untuk mendengarkannya. Mungkin apa yang dikongsikan hanya satu zikir sahaja tetapi ada beberapa lagi amalan zikir dan doa anda boleh cuba untuk menenangkan malam anak kecil. Antaranya adalah:

1. La ilaha illallah

La illaha illallah
La illaha illallah

La illaha illallah

Muhammadur rasullah

Ya zaljalali wal ikram

Ya zaljalali wal ikram

Ya zaljalali wal ikram

Amitna ‘ala dinil islam

(ulang semula dari atas sehingga anak kita tidur)

Maksudnya:

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam.”

2. Zikir munajat

Hasbi rabbi jallallah

Mafi qalbi ghairullah

Nur muhammad sallallah

Lailahaillallah

Maksudnya:

“Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku, melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah,”

3. Zikir penarang hati

Hasbunallah wani’mal wakil

Ni’mal maula wani’man nasir

Hasbunallah wani’mal wakil

Ni’mal maula wani’man nasir

Maksudnya:

“Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung. Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung.”

4. Zikir fatimah sebelum tidur

Subhanallah (33 kali)

Alhamdulillah (33 kali)

Laillahaillallah (33 kali)

Allahuakbar (33 kali)

La ilaha illallahu wahdahu la sharika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli shay in qadir

Maksudnya:

“Maha Suci Allah. Segala puji hanya untuk Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi Nya. Bagi Nya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha kuasa atas segala sesuatu.”

5. Zikir bismillahillazi

Bismillahilazi la yadurru maasmihi shaiun fil ardi wa la fis samaaie

Wahuwas samiul alim

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang bersama Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit.”

zikir tidurkan anak

Bukan itu sahaja, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa sebab anak sering menangis pada waktu malam dan antaranya adalah disebabkan lapar. Namun, boleh jadi juga kerana sakit dan boleh jadi juga kerana gangguan dari syaitan. Maka yang pertamanya perlulah diketahui akan sebab utamanya terlebih dahulu. Adapun untuk mengelak dari gangguan syaitan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya:

-Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya[1]
-Membaca Ayat al-Kursi[2]
-Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas.
-Membaca doa berikut sebanyak 3 kali[3]

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

Amalan ini boleh diamalkan dan insyaAllah dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan terhadap anak kecil. Wallahu a’lam.

Sumber: Tiktok @AbangNasyid, Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×