Asuh

Anak Asyik Duduk Dalam Posisi W, Selamat Atau Tak? Katanya Risiko Mudah Terkehel…

20
SHARES
posisi duduk W

“Kenapa orang selalu cakap posisi duduk W ni tak elok? Mama tengok Haikal duduk ok je, nampak dia pun selesa berbanding duduk bersila. Apa yang bahayanya?”

Seringkali kita lihat kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun akan cenderung untuk berada dalam posisi duduk W berbanding posisi duduk yang lain. Ada yang mengatakan bahawa ia bahaya dan ada juga mengatakan bahawa ia perkara yang normal dalam kalangan kanak-kanak. Risau juga kan?

Jadi, untuk mengurangkan kerisauan dalam kalangan mak ayah, berikut merupakan antara penjelasan daripada pakar mengenai posisi duduk W dalam kalangan anak. Ada lagi tak posisi duduk lain yang lebih sesuai untuk mereka?

BAHAYA ATAU TAK BILA ANAK DALAM POSISI DUDUK W?

posisi duduk W

Duduk dalam posisi W atau W-Sitting berlaku apabila kanak-kanak duduk di bahagian bawah dengan lutut dibengkokkan dan kaki diletakkan di luar kawasan pinggul mereka. Jika sedang berdiri di hadapan anak, anda akan melihat kaki dan badan mereka membentuk huruf W.

Selalunya kanak-kanak akan menukar ke posisi W semasa mereka bermain. Tidak mengapa bagi seorang kanak-kanak untuk menukar ke kedudukan W secara kadang-kadang, ia adalah masih selamat selagi anak tersebut tidak kekal duduk seperti ini terlalu lama atau menggunakannya sebagai posisi duduk biasa mereka.

Menurut Healthline juga, duduk dalam posisi W adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan oleh mak ayah. Namun, terdapat risiko posisi W-Sitting ini untuk jangka masa yang lama atau kerap sehingga menjadi kebiasaan.

The International Hip Dysplasia Institute berkongsi bahawa posisi duduk ini perlu diperhatikan sekitar anak umur 3 tahun, tetapi secara semula jadi ia akan hilang daripada rutin apabila kanak-kanak membesar. Jika anak hanya duduk dalam posisi ini sekali-sekala, itu mungkin cara selesa untuk mereka bermain atau berehat.

APA YANG ANDA PERLU BUAT BILA ANAK DUDUK DALAM POSISI W?

Jika anda perasan anak anda kerap duduk dalam posisi W, ambil langkah seperti di bawah untuk membetulkan tingkah laku tersebut.

Ingatkan anak untuk membetulkan kaki mereka setiap kali melihat mereka duduk dalam kedudukan W.

Apa kata tawarkan anak dengan  kerusi atau bangku kecil sebagai alternatif dari terus duduk di atas lantai. Anda juga boleh menggalakkan si kecil duduk dengan cara posisi yang lain. Seperti:

1.Leg crossed/ Kaki bersilang – Kanak-kanak duduk di bawah, menyilang kaki, membengkokkan lutut dan menyelitkan kaki ke bawah peha. Seperti bersila.

2..Kaki di hadapan – Kanak-kanak duduk di bawah dengan kaki lurus di hadapan mereka.

3.Kaki ke sisi – Kanak-kanak duduk di bawah dan membengkokkan lutut supaya kedua-dua kaki baring ke satu arah pada satu sisi badan mereka. Macam bersimpuh.

APA RISIKO JIKA ANAK KERAP W-SITTING?

posisi duduk W

Ada risiko jika anak-anak terlampau lama duduk dalam posisi W ini seperti:

1.Jika kanak-kanak mengalami masalah pinggul, duduk dalam kedudukan W boleh memberi tekanan pada pinggul dan sendi serta meningkatkan kemungkinan untuk mereka terkehel.

2.Kekuatan Teras Terhad – Posisi duduk yang lebar pada kedudukan W sebenarnya memudahkan mereka untuk mengekalkan badan yang tegak. Inilah sebabnya bila duduk dalam posisi W, kanak-kanak tidak perlu menggunakan otot teras mereka dengan banyak dan tidak akan mengembangkannya seperti dalam posisi duduk yang lain.

3.Kurang Pergerakan Menyilang Badan – Kedudukan W menyukarkan kanak-kanak untuk memusingkan bahagian atas badan mereka dan menyilangkan tangan ke dua-dua sisi dengan satu atau kedua-dua lengan.

Ingat ya mak ayah sekalian, daripada berkata, “Betulkan kaki anda!” cuba beritahu anak anda, “Cuba tukar ke kaki bersilang supaya adik boleh bina otot yang kuat nanti.”

posisi duduk W

Pertimbangkan untuk menawarkan pilihan tempat duduk yang berbeza, seperti kerusi ‘bean bag’ atau bangku kecil. Alternatif ini akan menggalakkan anak bergerak dengan kerap dan membantu mengimbangi ketegangan pada kaki.

Selain itu, ajak si kecil bergerak dengan cara lain untuk menggalakkan perkembangan. Aktiviti seperti yoga, dan permainan di taman permainan adalah pilihan yang baik.

Sumber: Pathways.org, Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×