Asuh

Dari Usia Baru Lahir Terus Latih Anak Tidur Sendiri, Ikut 5 Teknik Pakar Ini, Memang Menjadi!

19
SHARES
melatih anak tidur sendiri

Melatih anak tidur sendiri merupakan antara perkara yang perlu diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak. Bukan sahaja mudah kerja ibu bapa, malah anak-anak akan terbiasa dan tidak lagi ‘cranky’ apabila dibiarkan berseorangan sebelum tidur.

Kalau sebelum ini kita akan mencari tips untuk melatih anak tidur dengan sendiri apabila usia mereka mencapai 7 tahun bukan? Kali ini, anda sudah boleh melatih mereka untuk tidur dengan sendiri semuda usia baru lahir lagi! Tak payah susah-susah 24 jam kena berada di sisi bayi, mereka dah boleh tertidur dengan sendiri. Nyenyak pula tu!

MELATIH ANAK TIDUR SENDIRI SEMUDA USIA BARU LAHIR

melatih anak tidur sendiri

“Ala doktor, tips untuk latih anak tidur tu sesuai untuk budak besar je. Ada tak tips untuk baby yang baru lahir? Baby saya susah benar nak tidur.”

Jangan risau, pastinya ada! Saya faham bahawa sebagai ibubapa, kalau bayi anda selalu terjaga dan tak lena boleh menyebabkan tahap kesihatan dan emosi kita terganggu, dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk diatasi. Oleh itu, saya akan kongsikan tips 5S’s yang dapat membantu bayi (dan ibubapa) mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Jom!

1.Swaddling

Merujuk kepada teknik membedung bayi anda dengan kain lembut dan mengekalkan lengan dan kaki mereka dalam kedudukan yang ketat. Ini membantu bayi anda merasa selamat dan selesa seperti dalam kandungan, dan dapat mengurangkan refleks kejutan yang boleh membangunkan mereka.

2.Side Lying 

Merujuk kepada cara meletakkan bayi anda untuk tidur dalam kedudukan mengiring pada sisi mereka. Tetapi perlu diingat, bayi anda harus diarahkan tidur pada belah kanan mereka dan kepala bayi harus ditempatkan pada bahagian yang lebih tinggi daripada badan mereka, untuk mengurangkan risiko SIDS.

melatih anak tidur sendiri

3.Shushing

Merujuk kepada cara mengeluarkan bunyi desiran lembut yang meniru bunyi yang bayi anda dengar dalam kandungan. Bunyi ini dapat membantu menenangkan bayi anda dan membantu mereka tidur dengan lebih mudah. Anda boleh membuat bunyi shushing dengan suara mulut anda atau menggunakan aplikasi di telefon.

4.Swinging

Merujuk kepada cara mengayun bayi anda dengan lembut di dalam pelukan atau ayunan. Teknik ini dapat membantu memejamkan mata bayi anda dan merangsang tidur yang tenang. Anda boleh menggunakan ayunan bayi, kerusi berayun, atau mengayun bayi anda dalam pelukan anda.

5.Sucking

Merujuk kepada cara memberikan pacifier atau membenarkan bayi anda untuk menyusu untuk membantu mereka berasa selesa dan tertidur dengan lebih mudah. Namun, pastikan anda tidak memberikan pacifier sebelum bayi anda belajar untuk menyusu yang baik dan mempunyai berat badan yang mencukupi.

Kombinasi daripada teknik-teknik ini dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih mudah dan merangsang tidur yang tenang dan berkualiti. Namun, perlu diingat bahawa setiap bayi berbeza, jadi anda perlu mencuba dan mengamati teknik mana yang paling berkesan untuk bayi anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr. Kamarul Arifin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×