Sihat

Tidur Asyik Tak Cukup, Muka Dah Macam Zombie..Rupanya Anda Ada Tanda Insomnia!

13
SHARES
tanda insomnia

“Dah 3 hari dah aku tidur tak cukup ni, asyik terjaga je..aku dah ada tanda insomnia ke macam mana ni?”

Tahukah anda bahawa 1 dalam kalangan 3 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah insomnia? Insomnia merupakan masalah untuk seseorang individu mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti seperti orang lain.

Menurut kajian, kes-kes yang membabitkan masalah insomnia juga dilihat semakin meningkat seiring dengan kepesatan kerja yang perlu dilakukan oleh rakyat dalam negara.

Bila dah asyik tak cukup tidur, muka pun dah macam zombie, ada beberapa perkara yang anda perlu perhatikan supaya masalah kesihatan ini tidak dipandang ringan. Ingat, kalau nak mental yang sihat maka waktu tidur yang berkualiti harus dijaga!

TANDA INSOMNIA YANG ANDA KENA PERHATIKAN

tanda insomnia

Berikut merupakan simptom yang anda perlu perhatikan apabila mengalami masalah insomnia. Pastikan anda mengalami tanda-tanda ini secara berturut-turut dalam tempoh 3 bulan barulah boleh diklasifikasikan sebagai masalah insomnia.

-Kerap terjaga pada waktu malam

-Terjaga kerana tidur terlalu awal

Masih rasa lemau walaupun dah tidur pada waktu malam

-Keletihan pada waktu siang dan mengantuk

-Susah nak tumpukan perhatian dan selalu lupa

-Selalu terfikir dan risau bila tak cukup tidur

KENAPA INSOMNIA INI BERLAKU PADA ANDA?

tanda insomnia

1.Stres

Macam-macam dalam otak berfikir termasuklah dari hal kerja, tanggungan keluarga, masalah kewangan dan juga kerja-kerja rumah yang belum selesai. Ini menjadikan otak dan minda anda aktif pada waktu malam dan menyukarkan proses untuk tidur dengan lena.

2.Trauma

Mungkin ramai yang tidak mengambil berat tentang soal ini tetapi trauma merupakan salah satu punca anda mengalami insomnia.

Antaranya seperti kehilangan orang yang tersayang secara mengejut, trauma penceraian dan kehilangan kerja boleh menjadi punca utama tak boleh tidur dan menjadi insomnia.

3.Selalu travel dan bekerja

Apabila terlampau fokus dengan kerja, sudah semestinya waktu tidur anda juga akan terganggu. Maklumlah nak siapkan kerja yang bertimbun, sampai waktu sepatutnya tidur pun dah lari.

Begitu juga dengan anda yang sering travel, pastinya akan berlaku masalah untuk menyesuaikan diri dengan waktu dan cuaca.

4. Habit tidur yang tak teratur

Perkara ini sering dilakukan dari zaman belajar lagi seperti ‘stay up’ sehingga jam 2-3 pagi untuk mengulangkaji pelajaran, tonton tv sehingga lewat malam, makan sambil tidur dan tengok skrin telefon bimbit sambil tidur.

Aktiviti tidak sihat sebegini boleh mengganggu bentuk tidur yang berkualiti.

5.Makan banyak sangat

Kalau hanya makan kudapan ringan sahaja pada waktu malam sebelum tidur itu dibenarkan tetapi jangan makan berat tau!

Bila makan banyak sangat pada waktu malam khususnya sebelum tidur, anda akan mengalami ketidakselesaan semasa baring.

Bukan itu sahaja anda juga akan rasa pedih di kawasan tekak dan pengumpulan asid dari makanan tersebut juga akan menyebabkan susah untuk anda tidur lena.

MACAM MANA NAK RAWAT MASALAH INI?

tanda insomnia

Penting supaya anda memastikan waktu tidur yang sama menjadi rutin setiap hari. Jika setiap hari anda tidur pada jam 10 malam, pastikan ia menjadi rutin untuk malam seterusnya.

Bukan itu sahaja, menjadikan bilik tidur tempat yang paling selesa juga sangat penting untuk badan kekal tenang sebelum tidur.

Buat anda yang mengalami masalah insomnia pada peringkat awal, mungkin masih boleh dirawat menggunakan cara di atas tetapi jika sudah berada di tahap yang teruk, rawatan dari pakar perlu dilakukan.

Seiring dengan Hari Tidur Sedunia, pelbagai syarikat menawarkan inisiatif untuk merawat dan memberi kesedaran mengenai insomnia ini termasuklah Eisai (Malaysia) Sdn Bhd.

Eisai Malaysia melancarkan rawatan terbaharunya untuk merawat insomnia iaitu Dayvigo. Sebagai rawatan Dual Orexin Receptor Antagonist di Malaysia, Dayvigo telah melalui beberapa siri ujian yang ketat dan didapati efektif untuk membantu pesakit insomnia tidur dengan lebih cepat. Wah!

tanda insomnia

Buat anda yang mengalami masalah insomnia dan memerlukan rawatan dari segi perubatan, apa kata cuba Dayvigo dan dapatkan juga saringan kesihatan mengenai insomnia dahulu di pusat-pusat kesihatan yang menawarkan khidmat tersebut.

Sumber: MayoClinic, Dayvigo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×