Asuh

Senarai Kerja Rumah Yang Boleh Dibuat Seawal 2 Tahun. Jom Latih Anak!

534
SHARES
latih anak buat kerja rumah

“Amar, tolong ibu angkat baju kat luar sekejap….! Arissa, tolong ibu kemaskan permainan kamu ya.”

“Aduh, terkial-kial pula tengok budak berdua ni…. Boleh ke diorang buat kerja rumah ni?”

Sebenarnya memang lebih mudah untuk kita menyelesaikan sendiri kerja-kerja seperti memasak, mengemas, dan mencuci.

Tapi, ibu bapa tentu tahu mengapa perlunya latih anak buat kerja-kerja sebegini di rumah.

Bukannya sebab kita betukl-betul penat atau memerlukan pertolongan, tapi ia merupakan sebahagian besar daripada perkembangan kendirinya.

Mereka Tak Mahu Tolong, Atau Kita Yang Tak Latih Anak?

Seringkali kita hanya akan mahu meminta tolong anak apabila mereka sudah besar. Kita memandang rendah pada kebolehan anak kecil yang berusia 2 atau 3 tahun.

Bayangkan, apabila sudah besar baru nak latih anak, tentulah ramai yang jadi ‘liat’ kerana mereka tidak dibiasakan sejak awal lagi.

Tapi, kadang-kadang, kita pula tak tahu nak minta mereka tolong buat apa sebab semuanya sudah diurus, dan ada pula pembantu rumah. Tapi, ini tidak bermaksud kita tidak perlu latih anak dengan kerja-kerja rumah ya!

Jadi, bolehlah rujuk pada senarai ini untuk kita lihat kerja rumah apa yang boleh disuruh pada anak kita. Lelaki dan perempuan, dua-dua kena latih!

makanan penurun darah tinggi

Foto Kredit: ciudadciencia.es

Senarai Kerja Rumah Yang Boleh Dibuat Oleh Anak-anak Mengikut Usia

Umur 2-4 Tahun

  • Pakai baju sendiri
  • Letak baju kotor dalam bakul dobi
  • Buang sampah ke dalam tong sampah
  • Ambil lampin atau ‘diaper’ dari tempatnya
  • Letak pinggan mangkuk sendiri ke dalam sinki (yang plastik ya)
  • Tolong kemas katil
  • Beri kucing makan (kalau ada)
  • Tolong lap air tumpah
  • Kemas permainan
  • Ambil barang-barang ringan
  • Lipat kain (mulakan dengan sapu tangan atau tuala kecil)
  • Cabut rumpai

Umur 4-7 Tahun

  • Semua kerja di atas, termasuk;
  • Cuci dan siang sayuran menggunakan ‘peeler’ atau alat yang selamat
  • Kemas katil sendiri
  • Bawa makanan dari meja makan ke dapur
  • Sediakan meja makan
  • Susun buku
  • Siram pokok bunga
  • Susun kasut
  • Cuci kereta
  • Menyapu lantai
  • Mengemas rumah
  • Angkat kain jemuran
  • Jemur tuala selepas mandi
latih anak buat kerja rumah

Foto Kredit: pixgood.com

Umur 7-12 tahun

  • Semua kerja di atas, termasuk;
  • Jaga haiwan peliharaan
  • Cuci pinggan mangkuk
  • Cuci tandas
  • Menyediakan makanan mudah seperti sandwich, muffin
    atau lempeng
  • Sediakan bekal makanan ke sekolah
  • Memasak nasi menggunakan ‘rice cooker’
  • Buang sampah di luar
  • Tukar cadar
  • Basuh baju dan kasut sekolah
  • Sidai baju
  • Mengemop lantai
  • Menggunakan vakum
  • Mengelap dan membersihkan habuk

Umur 12 tahun dan ke atas

  • Semua kerja di atas, termasuk;
  • Memasak lauk
  • Menukar mentol
  • Menggunakan mesin basuh
  • Menggunakan seterika
  • Mencuci tingkap
  • Jahit pakaian koyak, butang tercabut
  • Potong rumput
  • Bersihkan peti sejuk
  • Mencuci dapur
  • Menyelenggara basikal sendiri
  • Buat senarai barang keperluan untuk dibeli
  • Beli barang keperluan di kedai
  • Mengecat rumah
  • Cuci kipas
latih anak buat kerja rumah

Foto Kredit: kabritausa.com

Jangan Terlalu Pentingkan Kesempurnaan

Yang penting, usaha mereka dihargai. Bukanlah hasil kerja mereka yang patut kita pertikaikan. Jika kita memberi peluang, ia akan menggalakkan mereka untuk lebih rajin membantu, rasa bertanggungjawab, dan cekap menguruskan diri.

Tentulah, mereka masih lagi dalam proses sedang belajar dan masih belum mahir untuk membuat sesuatu perkara seperti orang dewasa.

Sementara itu, pastikan kita memantau kerja-kerja yang melibatkan alatan yang tajam, panas, atau mesin-mesin elektronik yang sukar dikendalikan.

Seimbangkan juga kerja yang boleh dilakukan oleh anak-anak lelaki dan perempuan, sesuai dengan minat dan jantina mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×