Famili

6 Tips Potong Rumput Sendiri Di Rumah. Jimat Dan Praktikal!

24
SHARES

“Aduhai… Dah bersemak-samun depan rumah ni.. Rasanya baru hari tu potong rumput. Kejap je dah naik lalang semula. Leceh pula nak cari tukang potong rumput. Agak-agak boleh ke potong sendiri?”

Bagi yang menetap di rumah teres, mesti selalu terfikir tentang ni kan? Kalau yang rajin ‘outstation’, mesti ‘frust’ bila balik ke rumah saja, tiba-tiba rumput dah panjang! Kalau diikutkan hati, mahu disimen saja supaya senang kerja. Tapi, rasa sayang pula, kalau ada kehijauan tentulah lebih elok… Untung-untung datang hari rajin boleh juga bercucuk tanam.

Di sini, kami ingin berkongsi tips potong rumput sendiri di rumah. (Yalah, mana tahu terbuka hati nak buat sendiri bersama keluarga di hujung minggu!)

 

1. Guna sabit, parang, atau cangkul

alat potong rumput

Foto Kredit: yardcare.toro.com

Kalau rumah orang bujang, kadang-kadang memang susah nak jumpa alatan bertani seperti sabit, parang, atau cangkul. Tapi, alatan sebegini memang memudahkan kerja potong rumput, lebih-lebih lagi sabit yang mempunyai pemegang panjang seperti cangkul. Boleh beli di kedai DIY atau peralatan ‘hardware’. Mudah nak buat libasan!

Tapi, kalau dah berlalang sangat, guna kayu pun boleh. Libas-libaskan pada rumput tebal dan selepas itu kena rajin sedikitlah mencabut dan mengumpulkan hasilnya.

 

2. Jangan potong rumput lepas hujan

Selepas hujan, rumput-rumput akan berasa licin dan liat sedikit untuk dipotong. Kalau ditebas, kenalah beberapa kali baru menjadi. Jadi, untuk ‘save’ tenaga yang tidak seberapa, potong rumput pada hari yang panas terik adalah cara yang terbaik.

Kalau gunakan mesin pula, memang pantang potong rumput basah-basah kerana dikhuatiri akan merosakkan mesin.

 

3. Nak guna mesin potong rumput?

Seandainya anda lebih senang menggunakan mesin, inilah masanya anda menambah sedikit pengetahuan tentang pilihan mesin yang dapat membantu anda memotong rumput. Yalah, bukan main terus beli saja, takut nanti tak kena cara, dah membazir.

Terdapat 3 kategori mesin rumput yang boleh didapati di pasaran. Dari segi sumbernya, ada yang manual, menggunakan minyak petrol, atau jenis elektrik. Cara dipegang atau diletak, ianya ada yang beroda, menggunakan air cushion, atau yang disandang seperti beg. Dari segi cara pemotongan pula, ada yang menggunakan blade besi, tali nylon, dan ada juga jenis laser.

Kini, terdapat pelbagai jenis pilihan yang boleh anda dapatkan mengikut keselesaan anda. Contohnya, kalau menggunakan elektrik, anda perlu ada ‘extension’ atau sumber elektrik yang berdekatan dengan akses.

Kadangkala, anda juga mungkin mahu mempertimbangkan aspek lain seperti ke’bising’an mesin tersebut atau faktor tanah di rumah dalam memastikan penggunaan jangka masa panjang.

potong rumput

Yang kecil macam ni pun ada! / Foto Kredit: gardena.com

 

4. Mana lebih jimat?

Dari segi harga pula, kini terdapat sekitar RM200-RM500 untuk model yang berbeza. Nampak macam mahal? Tapi, cuba fikirkan jika sekali anda mengupah orang saja sudah dicaj RM30-RM50 sekali datang. Jadi, jika anda melabur lebih sedikit, anda sebenarnya boleh berjimat.

Harga di atas ini sebagai anggaran saja, yang lebih murah pun ada, tapi mungkin dikhuatiri sedikit ketahanannya. Kalau yang lebih mahal, memang banyak. Tapi, setakat potong rumput di belakang rumah, anda tak perlulah nak membazir beli yang mahal-mahal ya!

 

5. Petua garam halus

Antara petua yang dikongsi ramai ialah menaburkan garam halus bagi menambahkan keasidan tanah tersebut. Selain membuatkan rumput lambat tumbuh, ada juga yang melakukannya untuk mengelak ular dan serangga berbisa daripada bersarang di kawasan rumah kita.

Apabila selesai memotong rumput, anda juga boleh menutupnya dengan suratkhabar atau memijak-mijak sedikit rumput tersebut agar rumput lambat sedikit tumbuh.

6. Libatkan keluarga

tips potong rumput

Bila dah lapang, bolehlah berkelah dengan anak-anak di laman. / Foto Kredit: fashionablehostess.com

Apa kata jadikan aktiviti melibas ini sebagai aktiviti keluarga? Ia bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tetapi juga boleh membuang peluh serta lemak di badan.

Sesuai dilakukan di hujung minggu, anak-anak kecil mesti seronok. Selepas siap, memang seronok kalau ‘berkelah’ bersama di luar. Sediakan sandwich dan air sejuk pun jadi!

 

Aktiviti Sihat

Kini, anda boleh manfaatkan aktiviti potong rumput ini sebagai aktiviti bulanan untuk keluarga. Bukan saja dapat berjimat, malah dapat juga menyihatkan badan. Rumah pun terang dan bersih daripada semak-samun!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×