Laman rumah yang dipenuhi rumput meliar membuatkan hati ingin mencabutnya. Biarpun ia sering dicabut, namun tak sampai seminggu sudah muncul semula. Nak racun rumput terasa malas pula.
Jadi, disebabkan itu terdapat cara lain yang lagi mudah untuk memastikan rumput degil di laman rumah anda mati kering mereput dengan cepat! Hanya menggunakan satu bahan yang sering digunakan di dapur iaitu garam kasar. Nak tahu bagaimana caranya, mari lihat perkongsian oleh Kak Tin di bawah.
Baca juga: Tutorial Tanam Ros Jepun ‘Bunga Pukul 10’, Tanaman Paling Mudah Semai & Jaga!
RACUN RUMPUT GUNA GARAM KASAR
Bahan:
- Garam kasar (tak kisah jenis apa)
Cara-caranya:
- Cari garam kasar yang murah pun boleh.
- Taburkan garam tersebut di atas rumput meliar di kawasan rumah. Selagi ada rumput, taburkan ia merata.
- Nak tabur di sekeliling rumput dalam pasu pun boleh kalau malas nak cabut.
Hasilnya pada keesokan hari, apabila cuaca panas rumput akan berubah kering mereput seperti diracun. Rumput sudah mati biarpun sisa garam masih ada. Berita baiknya, rumput akan mengambil masa lama untuk tumbuh semula.
Semoga info ini berguna kepada semua.
Baca juga: Rupanya Rumput Sambau ‘Degil’ Yang Selalu Ditebas Ada Banyak Khasiat Merawat Penyakit!
Sumber: kebunkecilkaktin
FT Image: kebunkecilkaktin