Sihat

Ada 8 Petua Tradisional Rawat Penyakit Kayap, Tak Sangka Guna Rumput Pun Mujarab!

18
SHARES
cara merawat kayap

Kayap adalah sejenis penyakit akibat daripada jangkitan virus iaitu virus varicella zoster. Virus varicella zoster yang menjadi punca kayap ini adalah virus penyebab yang sama bagi penyakit cacar air atau chickenpox. Malangnya, apabila anda menjadi mangsa kepada penyakit ini, cara merawat kayap tidaklah semudah yang disangka.

Mengganggu aktiviti seharian dan penampilan fizikal, ramai yang menggunakan alternatif tradisional bagi merawat penyakit yang menyerang sejak dari zaman Rasul ini. Ternyata, banyak penawar yang diturunkan oleh Allah SWT sehingga rumput yang disangkakan tiada guna pun boleh bantu merawat penyakit kayap ini!

Baca juga: Cara Hilangkan Migrain Berdenyut Guna Terapi Ais Kiub, Lepas 5 Minit Dah Ringan Kepala!

CARA MERAWAT KAYAP GUNA 8 KAEDAH TRADISIONAL

cara merawat kayap

Foto: Hello Doktor

#PETUA 1

Gunakan “Rumput Sambau” yang dianggap tak berguna ini sangat berguna untuk rawatan penyakit kayap. Caranya:

-Bedak sejuk campur dengan rumput sambau (dilumat)
-Sapu di bahagaian kepala kayap
-Ulang setiap hari sehingga kering

#PETUA 2

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

#PETUA 3

Menggunakan daun pokok duit-duit yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

#PETUA 4

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal dekat tempat kayap itu. 3 hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

#PETUA 5

Pucuk daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun mambu. Semua daun ini ditumbuk atau dikisar dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada kayap tersebut (tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

#PETUA 6

Menggunakan garam bukit (rock salt). Cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam. Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah Rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyakit-penyakit kulit yang lain.

#PETUA 7

Ambil sebatang pokok keladi candik atau nama lainnya keladi merbah, daun keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

#PETUA 8

Guna daun lidah buaya/aloe vera. Sapu ja dekat tempat yang terkena kayap tu. Insyaallah, 2 atau 3 hari sembuhlah.

cara merawat kayap

Rumput sambau.

*Memang terseksa jiwa dan raga kalau terkena penyakit kayap ini. Sama-sama kita ikhtiar rawatan dari segi medikal dan tradisional ya..

Baca juga: ‘Bebaskan’ Diri Anda Dari 5 Jenis Makanan Ini Kalau Tak Mahu Sel Kanser Aktif Dalam Badan

Sumber: Che Murad Abdullah

Foto: CNN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×