Sihat

Ubat Sakit Lutut Tradisional Guna Asam Gelugur, Minum Je & Tak Payah Solat Guna Kerusi Dah!

3
SHARES
ubat sakit lutut tradisional

Apabila umur semakin meningkat, semakin banyak bahagian badan yang mengalami sakit-sakit sengal otot bukan? Terutama sekali sakit lutut, bukan sahaja warga emas malah orang muda pun sudah ramai mengalami sakit lutut sehingga susah untuk menunaikan solat. Selain mengambil ubat medikal, katanya ada ubat sakit lutut tradisional yang berkesan untuk diamalkan.

Salah satu punca sakit lutut ini adalah kerana masalah berat badan yang berlebihan. Jadi ada satu perkongsian dari Coach Fittaz tentang cara untuk menurunkan berat dan menghilangkan sakit lutut dengan menggunakan asam gelugur. Macam mana tu?

Baca juga: Gabungan 2 Bahan Paling Senang Ini Boleh Keluarkan Angin Dalam Badan Non-Stop!

UBAT SAKIT LUTUT TRADISIONAL GUNA ASAM GELUGUR, TAK SAKIT NAK SOLAT DAH!

ubat sakit lutut tradisional

Ralat pun ada rasa jugak, bila tak boleh nak solat dengan sempurna, nak sujud dan rukuk dengan sempurna.. Ada juga rasa kadang-kadang tu rasa kekurangan bila solat sebab kena menggunakan kerusi.. lutut sakit, tumit pun sakit kalau nak solat macam biasa, itu yang rasa kekurangan tu.

Jangan risau, coach boleh bantu turunkan berat, barulah nanti hilang sakit tumit dan lutut tu, baru boleh solat tanpa kerusi. Sebelum itu, coach nak ucapkan tahniah sebab tuan belum putus asa dengan keadaan ini, sebab tu masih baca post ni sebab nak penyelesaian.. Jom coach bantu, hanya amalkan je petua resipi ni tauu. Petua resipi turun temurun asam gelugor, boleh amalkan 1 kali sehari 15 minit sebelum sarapan ya..

Bahan yang diperlukan:

* 5-6 keping asam gelugor
* Daun pandan (simpul atau koyakkan)
* 5 gelas air

Cara penyediaan;

1) Ambil 5 ke 6 keping asam gelugor, daun pandan dan masukkan ke kuali dan rebuskan sehingga airnya menggelegak..

2) Tapiskan sebelum boleh minum airnya..

3) Minum setiap pagi.

Jika diamalkan dengan EKSTRAK KOPI HIJAU, LEBIH berganda hasilnya ya, coach kongsikan cara buat ya..

1. Bilas dalam satu gelas (170g) kopi hijau di dalam periuk dengan air putih.

2. Didihkan kopi hijau tadi dengan 3 gelas air (710 ml).

3. Didihkan selama 12 minit dengan api sederhana, sambil kacau. (tidak terlampau kasar supaya kulit tidak terlepas dari biji kopi)

4. Tapis hasil dari tadi untuk dapatkan ekstrak kopi hijau..

5.Campurkan sahaja dengan larutan air asam gelugor tadi ya.. InsyaAllah pembakaran lemak akan berlaku dan berat boleh turun.

ubat sakit lutut tradisional

*InsyaAllah, kita ikhtiar sama-sama ya..Selamat mencuba!

Baca juga: Amalkan Minum Herba Cina Ini Kalau Ada Masalah Mata Rabun & Silau, Ala-Ala Laici Kang!

Sumber: Coach Fittaz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×